Ummu Jah Hatijah Aam Istri Pendiri Darul Arqam Meninggal Dunia

Ummu Jah Hatijah Aam Istri Pendiri Darul Arqam Meninggal Dunia



Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad yang merupakan bekas pemimpin ajaran kumpulan al-Arqam Dato' Hatijah Aam dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Alor Star.

Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dipercayai mengalami kematian otak (brain death) sejak Khamis lalu dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Sehari sebelumnya, ramai bekas pengikut kumpulan al-Arqam mula memenuhi ruang menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Star.

Kebanyakannya mula menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada Sabtu.

Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak (brain death) dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Menurut sumber, keadaan Ummu Jah kini masih tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan keadaan Ummu Jah berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

Ummu Jah sebelum ini berada hampir empat bulan di Australia atas urusan kerja dan bertemu bekas pengikut kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di sana.

Al-Fatihah.
Ummu Jah Hatijah Aam Istri Pendiri Darul Arqam Meninggal Dunia Ummu Jah Hatijah Aam Istri Pendiri Darul Arqam Meninggal Dunia Reviewed by Saida Waliya on 9:53:00 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.