Kata kata Mutiara Minda Motivasi Hidup Islam

Kata kata Mutiara Motivasi Islam Madah Hati Minda Abuya


1001 Kata-kata Mutiara Motivasi Islam Minda



Lahirkanlah kemesraan kita sesama manusia, kerana itu adalah haknya,

tapi jangan putus hati kita dengan Allah, itu adalah hak-Nya pula.



Ahli - ahli fikir hanya berjaya mengenalkan manusia dengan kehidupan dunia yang murah dan akan binasa.

Tapi para rasul dan nabi berjaya mengenalkan manusia kehidupan yang tinggi dan kekal abadi.

1001 Kata-kata Mutiara Motivasi Islam Minda


Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari Allah sebelum makan dan sebagainya, agar kita terasa tidak punya apa-apa barulah kita sedar Allah itu siapa.

Syukur nikmat dan kesabaran dalam ujian amat mudah diucapkan, tapi amat sulit dilaksanakan.

Jika kita marah pada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika suka pada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.

Kalau marah biarlah berpatutan, kalau suka biarlah juga berpatutan, supaya kita berada di dalam pertengahan. Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan.






Di antara perkara yang mudah diceritakan susah diamalkan, ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungan dengan hati. Hati ada perasaan, lidah tidak ada perasaan cuma ada sentuhan.

Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah, ia tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu, dan berazamlah, tidak akan mengulanginya lagi.

Tahu yang diri kita itu hamba, itu adalah ilmu. Merasa yang diri itu hamba, itu penghayatan. Yang kedua-kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, lalu syukur, takut, hina dan lain-lain sifat kehambaan.

Tahu Allah itu ada, percaya Ia bersifat ilmu, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi sifat-sifat Ketuhanan, itu adalah bersifat ilmu (tauhid ilmu). Merasa yang Allah itu sentiasa mengetahui, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi itu penghayatan (tauhid penghayatan). Daripada perasaan kedua inilah, seseorang itu akan dapat mengawal diri daripada kemungkaran lahir dan batin sekalipun seorang diri.

Kuat harap, takut, cinta seseorang itu pada Allah, akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Jika salah satu daripada tiga ini tiada, seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat sekalipun dia seorang yang Alim.

Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan, ialah: Manusia selalu mengucapkan,”Saya ikhlas ni.” Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati Malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah, hanya Allah saja yang tahu. Kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui.

Orang yang ikhlas mengamalkan agama setiap masa, kerana Allah menghendaki demikian. Orang yang tidak ikhlas mengamalkan setelah terdesak, setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.

Rasa kehambaan itu, bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana, kerana kita di mana-mana tetap saja hamba, agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum’ah, ujub dan lupa daratan.

Janganlah jadikan Allah itu tempat mendesak tapi, jadikan ia tempat kita merendah diri, inginkan pimpinan, mengaku bersalah, mengaku lemah.

Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati, miskin papa orang tidak perduli, kena marah oleh ibu ayah, suami, bos tidak bertimbang rasa, sakit yang serius, kematian orang yang disayangi. Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan, amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.

Kalau kita orang yang mewah janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata. Kalau kita orang yang susah janganlah bersedih, Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.

Berzikir menyebut nama Allah, yang bermacam-macam sifatnya, dengan tujuan agar rasa bertuhan itu benar-benar menghayati hati (menghidupkan hati). Moga-moga dengan itu akan menyuburkan rasa kehambaan di dalam hati supaya dengan itu akan menghilangkan sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi. Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat.

Mukmin sejati (orang bertaqwa) selalu lapang dada, orang bersalah dengannya dimaafkan, dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya, ujian yang tiba sabar menerimanya, ketentuan Allah dia redha, orang jahat didoakan agar mendapat hidayah, orang baik disokongnya, waktu susah dan senang sama saja, seperti mana dia diziarahi orang dia juga suka menziarahi, dengan orang Islam selalu baik sangka.

Sekiranya seseorang itu merasa tersiksa dengan pujian-pujian serta meminta ampun kepada Tuhan, dan rasa senang dengan kejian, rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya.

Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain. Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah, tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama.

Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi, harta yang banyak, kemajuan yang pesat kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan Istidraj-Nya. Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang. Diberi dengan Istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.

Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar, jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan janganlah kita bersenang hati, insaflah! Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan, sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil. Oleh itu hendaklah kita sentiasa takut dengan Tuhan, taati Dia, bersyukurlah kepada-Nya agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya selepas itu hendak jadi apa pun tidak mengapa.

Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia, selepas itu barulah hak kita begitulah yang dituntut oleh syariat kita. Siapa yang boleh melakukannya dia adalah orang yang pandai hidup.

Tidakkah kita merasa gerun, selepas nafas turun naik akan ditanya ke mana digunakan, setiap anggota akan dipersoalkan, setiap harta akan ditanya, setiap jawatan akan dipertanggung jawab di hadapan Tuhan. Setiap orang di bawah tanggung jawab kita akan dipersoalkan daripada sekecil-kecil habuk hingga sebesar mana pun semuanya akan digeledah, selongkar apakah kita rasa selamat? Tanyalah diri sendiri berdasarkan sikap dan tindak tanduk kita dari sejak baligh, kita dapat mengagaknya.

Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam-macam cara adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya, adakalanya dilonggokan di satu tempat, adakalanya diletakkan di sebuah bekas, adakalanya dilemparkan ke mukanya, adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata. Pada haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa yang mereka rasa, bangga mendapat makanan. Tidak terasa apa-apa, bagaimana dia diberi makanan. Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam cara, ada secara bersih, ada secara kotor, ada secara separuh bersih dan separuh kotor, ada secara terhormat, ada secara terhina, ada secara rahmat, ada secara istidraj, tapi kebanyakan manusia tidak sedar. Kenali golongan yang sedikit yang mata hati terbuka.

Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa. Suami boleh mati atau ceraikan kita, isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita, ibu bapa boleh mati atau sakit yang serius yang tidak boleh bertanggung jawab, pemimpin boleh mati atau menzalimi kita, kawan boleh lari atau pergi meninggalkan kita atau sakit yang tiada berupaya membela kita. Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang sempurna lagi berkuasa, yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.

Kalau kita manusia mahu berfikir tidak ada sebab mengapa manusia itu mahu sombong dan berbangga. Kejadian kita sama-sama hina dari air mani yang jijik. Kesusahan sama-sama kena bentuknya sahaja yang tidak sama, setengah orang miskin, ada setengahnya sakit ada setengah orang ditimpa bencana alam, ada setengah orang ditimpa serangan bermacam bala’, sama-sama terpaksa ke jamban. Ilmu bagaimana tinggi pun hakikatnya Allah yang memberi lahirnya ada orang lain mengajarnya bukan dapat sendiri, pangkat besar, harta yang banyak, sepertilah ilmu tadi. Kalau panjang umur sampai tua bangka yang tidak berguna, hanya menyusahkan keluarga menjaganya, selepas itu sama-sama merasa mati. Di dalam kubur belum tentu selamat daripada kena pukul, di Akhirat ke Syurga atau ke Neraka masih menjadi tanda tanya, apakah di dunia ini mahu sombong atau berbangga?

Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tetapi dengan makhluk, padahal lumrah berlaku pada manusia, tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta, ditimpa penyakit dengan bermacam jenis pula. Ilmu banyak, kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi, banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan diburutidak kunjung-kunjung tiba. Setengah orang setelah kemewahan dunia dimiliki, Allah datangkan seribu satu masalah pada diri. Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang satu ada dan mewah pula. Oleh itu carilah Allah, Dia adalah sumber segala kebahagiaan.

Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat, walaupun sedikit dia akan menjadi berkat. Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang masalah akan menimpa-nimpa datang, yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi. Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.

Ketika kita berhadapan dengan nikmat, hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, tapi Allah telah mengurniakan. Ingatkan dalam hati ia datang dari Allah moga-moga kita bersyukur dan hendaklah rasa takut kerana kita tidak tahu apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj.

Janganlah rintihkan sesuatu yang terlepas daripada dunia seperti harta atau peluang naik pangkat, atau terputus cinta dan sebagainya, tapi rintihkanlah sesuatu yang terlepas daripada Akhirat seperti tidak dapat sembahyang jemaah, tidak dapat bangun tahajjud, tidak dapat berbuat baik kepada ibu bapak,tidak dapat bersedekah dan sebagainya.

Kutiplah sebanyak pahala yang diberi tanpa diusahakan. Ia merupakan hadiah percuma, daripada Tuhan Al Hannan Wal Mannan, seperti redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian-Nya, gembira dengan cercaan orang, benci dengan pujian, tawakkal kepada-Nya. Banyak orang tidak dapat mengutipnya, sayang sekali dia hilang percuma.

Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita, sudah dapat bimbang kehilangannya. Kemudian apa yang didapati itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat, timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu, suatu perkara yang tiada nilainya.

Seseorang itu menemui cintanya di waktu sunyi dan berdua-duaan, di situlah dia hendak melepaskan rasa cintanya. Begitulah kalau seorang itu menjadikan Allah cinta agungnya, tentu dia suka bersunyi dengan Tuhannya seperti di malam sepi. Di waktu itulah merintih, memuja, mengadu kepada cinta agungnya. Jika sepanjang malam seseorang itu membuat tahi mata membuta bukanlah Allah cinta agungnya, ada selain Allah cinta agungnya.

Biasanya seseorang itu jika terlalu cinta kepada isterinya atau kepada seseorang dengan mendalam sangat dia jaga perasaan isterinya atau cintanya. Apa yang diminta diadakannya, bahkan yang tidak diminta pun diberinya, arahannya dipatuhi, janjinya ditepati. Begitulah juga hamba Allah yang sangat cinta kepada-Nya, apa yang diminta ditunaikannya, bahkan yang tidak diminta pun dibuatnya, seluruh arahan-Nya dikerjakannya, segala yang dilarang ditinggalkannya, dicari-carilah apa yang diredhai-Nya, takut sekali kalau terlanggar apa yang dibencinya, Begitukah kita?

Daripada meratapi keluarga yang mati atau yang terpisah daripada kita, lebih baik meratapi diri kita sendiri apakah dosa kita diampuni Allah dan amalan kita diterima-Nya.

Buatlah baik tapi lupakan saja kerana amalan kita belum tentu diterima. Buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.

Berbuatlah kebaikan tapi jangan mengaku baik. Kalau kita buat baik mengaku jahat lebih baik daripada mengaku baik.

Kepercayaan bertuhan secara rambang semua orang mengakui sekalipun orang kafir, ini aqidah orang kafir. Kepercayaan bertuhan secara ilmu (aqli), setakat mengesahkan aqidah (asas aqidah), aqidah awamul muslimin belum ada kekuatan untuk beramal dengan serius. Rasa bertuhan itu aqidah orang bertaqwa, aqidah ini boleh kontrol diri dan ibadahnya sudah serius dan halus.

Orang yang rasa bertuhan setiap masa, orang ini dapat merasakan kehambaan setiap masa dan setiap tempat. Untuk mendapatkan kedudukan ini memerlukan latihan dan memerlukan pimpinan guru yang bertaqwa.

Setiap hamba Allah mestilah dapat mengekalkan rasa kehambaan setiap masa, agar dapat menghilangkan rasa kebesaran, sombong, riak, ujub, pemarah, yang sangat dilarang oleh Allah.

Banyak orang percaya dengan Tuhan, tapi acuh tak acuh dengan Tuhan, seolah-olah macam Tuhan tidak ada, justeru tidak merujuk kepada Tuhan, di dalam sebarang hal.

Setiap orang yang diberi kekayaan yang banyak, pangkat yang tinggi, kuasa yang besar, ilmu yang banyak, janganlah berbangga, justeru apa yang diberi oleh Allah itu, belum tentu dengan rahmat-Nya boleh jadi dengan istidraj-Nya.

Setiap satu ulasan nasi yang kita makan, walaupun yang menciptanya Tuhan Yang Maha Esa, tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang, baru sampai ke mulut kita. Ertinya baru satu ulas nasi, sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita, belum lagi perkara-perkara lain, tapi pernahkah kita berfikir dan sedar.

Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya. Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka, justeru kalau bukan kerja sama mereka, nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.

Di antara kelebihan orang mukmin itu, ialah musuh sentiasa gelisah, dan tidak tenang berhadapan dengannya, sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya,betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.

Orang yang kuat jiwa kerana dengan Tuhan, mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.

Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya. Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka, justeru kalau bukan kerja sama mereka, nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.

Di antara kelebihan orang mukmin itu, ialah musuh sentiasa gelisah, dan tidak tenang berhadapan dengannya, sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya, betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.

Orang yang kuat jiwa kerana dengan Tuhan, mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.

Orang mukmin bagaimana hebatnya sekalipun, akan hilang terasa hebatnya kerana tenggelam di bawah kehebatan Tuhan.

Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.

Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengan kesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalam kebenaran.

Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin baru.

Orang yang alim kitab tapi bukan ahli fikir laksana mempunyai emas sebesar tempayan, orang ramai tidak dapat manafaat dari emas tersebut.

Orang yang baik itu, sesuatu dasar yang tidak baik itu akan diubah menjadi baik dan akan dijadikan landasan perjuangannya. Orang yang jahat itu walaupun sesuatu dasar itu baik, tetapi dia tidak akan mengambilnya sebagai jalan dalam perjuangan.

Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman,orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu.

Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku. Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah.

Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.

Orang yang berlajar dengan kehidupan mendapat pengalaman. Orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu.

Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak juga oleh kerana manisnya.

Orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja.Susah dan senang sama sahaja. Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak,di waktu susah tidak pula rasa derita. Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka. Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya.

Orang yang ego atau sombong dengan tujuan hendak jaga wibawa, padahal dia telah menjatuhkan wibawa diri, menjadikan orang bertambah benci dan menjauhkan diri.

Orang yang gila dunia diserahkan dunia kepadanya,nescaya dunia itu untuk dia.Bila seorang itu telah benci dengan dunia, serahkanlah dunia kepadanya, nescaya dunia itu dia akan agih-agihkan sesama manusia.

Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.

Orang yang ingin hidup kerana hidup, tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup. Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.

Orang yang jiwanya mati, lebih susah untuk diurus daripada orang mati. Orang mati ditanam saja, orang yang jiwanya mati, hendak ditanam nyawanya ada. Hendak dimanafaatkan tidak memberi guna. Hendak dipasung akalnya ada. Akibatnya menyusahkan masyarakat.

Orang yang jiwanya rasa kehambaan sangat tajam, atau rasa bertuhannya sangat tebal, apa sahaja yang berlaku pada dirinya, sama ada yang dia lihat, dengar, rasa, tahu semuanya menjadi pengajaran kepadanya.

Orang yang jiwanya rosak, jika berkumpul padanya harta dan kuasa, ia akan banyak merosakkan orang lain.

Orang yang jujur dan berakhlak itu, setiap hati tetap mengakui kejujurannya dan kebaikannya, sekalipun yang menentangnya. Orang yang khianat dan rosak akhlaknya itu, setiap hati tetap menganggap jahat dan khianat, sekalipun orang yang menyokongnya.

Orang yang kenal orang yang membawa kebenaran, tapi menentangnya kerana hasad dengki, orang ini lebih jahat daripada seseorang yang menentang pembawa kebenaran kerana jahil tentang kebenaran yang dibawanya. Orang ini setelah dia kenal kebenaran orang itu dia akan menyokongnya.

Orang yang kuat jiwa (kerana kuat dengan Tuhan) mukanya sentiasa ceria sekalipun ia di dalam ujian seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dengan dosanya.

Orang yang mementingkan diri, hakikatnya ia mempertuhankan dan menyembah diri sendiri, tapi ia tidak sedari.

Orang yang menentang kebenaran yang dia tahu orang itu membawa kebenaran tapi kerana hasad dengki. Dia menentang orang itu. Biasanya orang ini mudah jatuh kepada sifat munafik.


Mata lahir macamlah lampu kereta, kalau selalu sahaja main-main lampu itu akan melemahkan bateri, begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram ia akan melemahkan mata hati.

Mata lahir nampak. Mata hati tidak nampak tapi pandangannya tembus.

Melahirkan orang pandai sahaja mudah, tapi melahirkan orang pandai yang jujur dan merendah diri, payah. Melahirkan para pemimpin mudah, melahirkan pemimpin yang adil, jujur, merendah diri, penyayang payah. Melahirkan orang kaya mudah, tapi melahirkan orang kaya yang pemurah dan tawadhuk payah.

Melihat orang susah biasa sahaja,tidak terasa simpati dengan kesusahan adalah salah,kalau mampu membantu tetapi tidak membantu lagilah bersalah.bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan,dia sudah tidak lagi perikemanusiaan.

Memadailah seorang pemimpin itu mempunyai seorang sahabat yang setia daripada peminat yang ramai tetapi hanya mabuk dengan pidato-pidatonya.

Membangunkan insaniah manusia, hingga dapat melahirkan hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa. Ini memerlukan kesedaran, kefahaman, keyakinan, penghayatan, latihan istiqamah, guru yang bertaqwa dan doa.

Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya,membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya, kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah.Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya. Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya. Kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah. Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia. Yang salah melajakkan sifat marah. Allah berfirman maksudnya: “Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.”

Membuat kesalahan kerana tidak tahu, adalah satu kesalahan, salah kerana tidak belajar. Membuat salah sesudah belajar, yakni buat salah setelah sedar, adalah salah besar.

Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan. Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi daripada itu.

Mencari ilmu tidak ada salahnya, yang salah kerana ilmu korbankan iman. Mencari rezeki memang tidak salah, yang salahnya kerana rezeki korbankan maruah. Membangun tidak dilarang adakalanya fardhu kifayah, yang dilarang ialah kerana membangun rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik tidak menjadi satu kesalahan, yang menjadi kesalahan itu bila bergaul dengan mereka korbankan prinsip. Mencari kekayaan bukanlah satu kesalahan, yang salah itu mencari kekayaan tidak kira halal haram. Kita mendapat pangkat bukanlah satu kesalahan, yang salah itu kerana pangkat melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain.

Mengawal mulut lebih mudah daripada mengawal mata. Mengawal mata lebih mudah dari mengawal hati.

Mengetahui itu dengan akal, dan mengenal itu dengan hati, sebab itu orang yang kenal Allah akan takut Allah, orang yang tahu dengan Allah dia tidak rasa takut dengan Allah.

Menghimpun orang untuk mendengar kebaikan adalah mudah, tetapi menghimpun orang untuk membuat kebaikan adalah payah.

Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.

Menuntut ilmu walau dibidang apa sekalipun disuruh Tuhan, bukan menuntut ilmu dengan tujuan makan gaji atau cari makan. Menuntut ilmu itu satu kewajiban dari perintah Tuhan.



Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.

Merintihlah atas dosa, kerana itu lebih baik daripada bertasbih kepada Allah.

Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

Nafsu cuma mengajak kepada kejahatan,tapi tidak kepada kebahagiaan. Sebab itu orang jahat selalu sahaja gelisah,walaupun ia dikelilingi oleh kemewahan hidup.

Nilaian pandangan di antara mata, akal, nafsu, jiwa tidak sama. Masing-masing ada ukuran yang tersendiri, tapi pandangan hati yang bersih itulah yang benar dan hakiki

Orang kampung banyak bersandar kepada tradisi manakala orang bandar banyak bersandar kepada pengetahuan dan pegalaman.

Orang kaya yang paling malang ialah yang suka menyimpan saja hartanya. Bakhil dengan diri sendiri dan dengan orang lain apatah lagi.

Kesusahan yang belum tiba,jangan diandai-andaikan, hati menderita sebelum masanya. Kesenangan-kesenangan yang akan datang, jangan difikirkan. Nanti bila sampai masa tidak kunjung tiba kita kecewa. Yang baik terimalah dan redhalah apa yang ada di depan kita, hati kita akan senang sepanjang masa.

Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua.

 Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

 Kita ini ibarat kereta yang sedang berjalan menuju ke distinasinya, yang dibelakang makin jauh ditinggalkan, yang dituju makin dekat. Begitulah manusia, perjalanannya makin dekat ke kubur, rumah, keluarga dan harta makin jauh ditinggalkan tapi manusia tidak terasa pun hendak mencari bekal untuk di bawa kesana.

 Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi, harta yang banyak, kemajuan yang pesat kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmatNya atau dengan istidrajNya. Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.

 Kita perlu pada orang yang pandai, tapi biasanya orang yang pandai susah dipimpin.

 Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur,korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada, korbankan hak jiwa terbuka, korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira,korbankan hak ramai orang senang dan suka. Orang yang korbankan hak orang yang tiada kepentingan peribadi didunia. Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia.

 Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

 Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, tiang nampak di luar bersih dan berkilat, di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.

 Letakkan dunia itu di tangan,Akhirat di hati,supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati

 Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan. Boleh menghina dan boleh memuliakan. Boleh mempesona dan boleh meliarkan. Boleh menghasut dan boleh memujuk. Maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya.

 Lupakan saja amal bakti kita kepada Tuhan, dan budi kita kepada manusia, kerana semuanya itu kepunyaan Allah yang disalurkan kepada kita. Tugas kita, syukurlah kepada Allah banyak-banyak, kerana rahmat dan nikmat-nikmat itu disalurkan kepada kita.





Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.  Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput, jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada, gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan, agar hati tenang.

 Luruskanlah perjalanan lahir dan batinmu kerana jalan Allah itu adalah lurus. Jalan syaitan dan kekufuran itu banyak, pilihlah yang mana satu hendak ditempuh. Tapi jalan Tuhan itu hanya satu, tidak ada pilihan. Kalau tidak boleh menempuhnya pasti terpilih salah satu jalan syaitan dan kekufuran

 Mabuk arak dilaknat. Mabuk betina dimurkai. Mabuk Allah disukai.

 Mabuk cinta hingga menjadi gila, adalah dibenarkan tapi hanya kepada Tuhan.

 Makanan dan minuman makanan jasad. Ilmu dan pengalaman makanan akal. Iman makanan roh.

 Makhluk yang lemah selalunya hidup bermasyarakat,atau beramai-ramai.Buktinya seperti semut. Makhluk yang gagah selalunya hidup bersendirian,seperti singa. Begitulah keadaan para ulama dan orang besar,Susah hendak disatukan, kerana dia rasa dirinya besar dan mulia.

 Maksiat hati kerana ia bersifat maknawiah dan rohaniah yang tidak dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal, selalu sahaja terabai dan terbiar. Tidak ada orang bahkan yang punya diri sekalipun sibuk-sibuk hendak membanteras gejala-gejala hati ini. Padahal penyakit masyarakat pokoknya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dibanteras ibarat pokok kayu yang merbahaya, hanya kita buang daun-daun dan ranting-rantingnya sahaja sedangkan pokoknya masih dibiarkan hidup.

 Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua. Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya. Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya, seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya. Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya. Menyesal tidak berkesudahan

 Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek. Sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan kita kecuali perempuan yang beriman.

 Marilah kita menjadi orang yang berilmu supaya kenal Tuhan, cinta kepadaNya, takut terhadapNya, tunduk kepadaNya.

 Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita.

 Masa yang berlalu jarang di rasakan telah hilang dari kita. Masa yang akan datang terlalu yakin kita menguasainya.

Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

 Kalaulah makanan itu, ubat pun dicampur, racun pun dicampur, kemudian disajikan. Yang berpengaruh adalah racun, bukan ubat. Begitulah apabila masyarakat itu, yang negatif pun disajikan, yang positif pun disogokkan. Maka yang berpengaruh kepada masyarakat ialah yang negatifnya.

 Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung. Ya, memang begitu keadaan manusia hakikatnya. Sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbangrasa serta kerjasama.

 Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung. Ya, memang begitu keadaan manusia hakikatnya. Sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbangrasa serta kerjasama.

 Kalaulah terpaksa memilih salah satu daripada dua perkara, jika ditinggalkan dosa kurang berkemajuan, jika membuat dosa pesat kemajuan, orang mukmin memilih biarlah kurang kemajuan asalkan dosa dapat ditinggalkan.

 Kasih sesama manusia saluran hiburan bagi jiwa.

 Kasih terhadap ibu ayah kerana fitrah semula jadi. Kasih terhadap isteri kerana nafsu. Kasih terhadap orang yang pernah menolong kita kerana budi atau kerana akal.

 Kaya hati lebih baik daripada kaya harta, kerana kaya hati membawa ketenangan. Kaya harta membawa keresahan, Cuma ia memberi kemudahan hidup.

 Keamanan tidak akan wujud selagi pengawal keselamatan dan penjaga keamanan sendiri belum selamat dan aman.

 Kebanyakan manusia berbangga dengan kemerdekaan dan kebebasannya, tapi mereka tidak sedar setiap hari mereka menjadi tawanan nafsu dan syaitan.

 Kebanyakan manusia, antara satu sama lain dekat di mata jauh di hati.Sedikit sekali yang jauh di mata dekat di hati. Dan lagi sedikit dekat di mata dan dekat di hati.

 Kebanyakan orang menghias diri lahirnya dengan pakaian yang cantik dan indah, kerana hati setiap orang minta dipuji. Tetapi badan lahir mereka iaitu hati tidak dihias dengan sifat mahmudah tetapi dihias dengan sifat mazmumah. Kerana kebanyakan manusia tidak perlu Tuhan memujinya. Ini menunjukan aqidah orang ramai sudah punah.

 Kebanyakan pemimpin rosak selepas berkuasa, kerana tidak tahan berhadapan dengan pangkat dan harta, sebab itu jangan terlalu ghairah dengan kuasa. Jika kita lihat pihak berkuasa salah menggunakan kuasa, nasihatkan saja serta doakannya, tidak payah rebut kuasa yang ada ditangannya.

 Kebenaran itu sangat mahal harganya, siapa hendak memilikinya terpaksa menempuh jalan-jalan yang bahaya, menyusahkan, menjemukan, siapa tidak tahan menempuh jalan itu tidak akan dapat dimiliki kebenaran itu.

 Kebenaran itu sebenarnya indah. Untuk memilikinya tidaklah mudah, terpaksa menempuh jalan yang susah. Jalan yang susah itulah ramai orang yang gagal menempuhnya.

 Kebenaran itu sebenarnya indah. Untuk memilikinya tidaklah mudah, terpaksa menempuh jalan yang susah.Jalan yang susah itulah ramai orang yang gagal menempuhnya.

 Kebiasaan ulama tidak rasmi terutama golongan sufi ada pengikut dan dihormati. Sebaliknya ulama rasmi tidak ada pengikut, cuma ia ditakuti kerana ada cemeti.

 Kehendak nafsu nampak lahirnya seronok, tapi apabila dilaksanakan tidak ada kepuasan. Kehendak hati yang murni nampak pada lahirnya mendapat kepuasan dan ketenangan.

 Keindahan beristeri itu akan terasa selalu kalau ia ditinggal-tinggalkan sebab kasih akan berbunga kembali.

 Kejahatan lahir boleh ditumpaskan dengan peraturan, larangan dan hukuman. Kejahatan hati hendaklah ditumpaskan dengan didikan iman.

 Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati.

 Kejayaan puasa itu diukur setakat mana nafsu dapat dikembalikan kepada fitrah semulajadinya yang suci murni. Pantang larang puasa itu hanyalah untuk mengekang dan menyakitkan nafsu supaya ia terdidik. Yang menghijab kita dengan Tuhan ialah nafsu, kita ikut kehendaknya yang akhirnya kita mengangkatnya menjadi Tuhan

 Kejayaan sewaktu perjuangan kebenaran itu, hanya akan tercapai, bilamana anggota-anggotanya terhindar daripada dosa. Berhikmah dalam bertindak dan ada melakukan khidmat masyarakat.

 Kekayaan dan kesenangan kalau diberi dengan cara rahmat, ia akan diberkati sekiranya ia diberi dengan secara istidraj, ia akan dilaknat dan akan berlaku nanti bermacam-macam masalah yang menyusahkan.

 Kekuasaan seseorang pemimpin itu sebenarnya bukan melambangkan kekuasaan dan kebesaran dirinya tapi menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah Taala. Kalau seseorang pemimpin itu bersikap kuasa yang ada padanya menggambarkan kekuasaan dan kebesaran dirinya dia adalah seorang yang sombong dan takabur.

 Kemudaan akan hilang. Kecantikan akan pudar. Kekuatan akan lemah. Tua akan datang. Kematian pun datang tiba-tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan?

 Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

 Keseronokan nafsu selalunya diakhiri dengan penderitaan dan penyesalan. Keseronokan jiwa membawa kebahagiaan yang abadi.

 Kesusahan adalah pengajaran dan didikan,kesenanagan adakalanya merosakkan iman.

Kalau dia baik, maka dia menyangka baik pada orang lain. Kalau dia jahat, dia akan sangka jahat pada orang lain.

 Kalau hiburan itu dirangsang oleh nafsu, selepas berhibur jiwa rasa gelisah. Jika hiburan itu mendarah daging, jiwa resah tidak tentu punca, akhirnya mudah marah-marah, jiwa sensitif, mudah tersinggung, mudah merajuk, mudah kecewa, kemuncaknya mudah putus asa.

 Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.

 Kalau kita meminta kepada Allah begian-begian selagi halal, iaitu kita menentukan kehendak kita, kita harap Allah tunaikan bukanlah satu kesalahan. Tapi yang baiknya sebagai beradab kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita, justeru kehendak-kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu.

 Kalau kita berjaya dalam sesuatu pimpinan atau berjaya dan dapat bantuan dalam satu-satu hal jangan mudah dikaitkan dengan keutamaan diri kita kerana pernah pemuda bertemu dengan Nabi Khidir a.s. lantas bertanya: “Mengapa saya dapat bertemu tuan?”. Nabi Khidir menjawab,”Dengan berkat ibumu.”

 Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa. Suami boleh mati atau ceraikan kita. Isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita. Ibu atau bapa boleh mati atau sakit yang serius yang tidak boleh bertanggungjawab. Pemimpin boleh mati atau menzalimi kita. Kawan boleh mati atau pergi meninggalkan kita, atau sakit yang tiada berupaya membela kita. Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang Sempurna lagi Berkuasa yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.

 Kalau kita hendak bandingkan perjuangan untuk memburu dunia dengan memburu Akhirat,memburu dunia lebih lagi susah dan payah. Tapi manusia itu kerana memburu dunia sanggup bersusah-susah. Apabila memburu Akhirat banyak berhelah. Contohnya untuk mengerjakan sembahyang Subuh, lebih ringan dan mudah jika dibandingkan dengan pergi ke laut menangkap ikan. Tapi orang lebih sanggup ke laut daripada sembahyang Subuh.

 Kalau kita kuat apalah salahnya kita mengaku lemah,lebih-lebih lagi kalau kita lemah.Bukankah mengaku lemah itu sifat hamba? Mengekalkan sifat hamba itu kesukaan Allah.

 Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang, samada, kita yang bersalah atau para yang mendengar yang salah atau kedua-duanya yang bersalah. Di antara sebabnya kerana hati kita cinta dunia.

 Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga Allah boleh mengambil sekelip mata, kalau kita orang yang susah janganlah bersedih Allah hendak meringankan beban kita, dan Allah boleh memberinya bila-bila masa.

 Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia, yang bersifat sementara,kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya. Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan akhirat, yang berkekalan.

 Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

 Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.

 Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghinakan dirinya sendiri.

 Kalau para pengikut pada seorang pemimpin mabuk dengan pidato dan ucapannya tapi tidak mabuk dengan amal dan akhlaknya, menunjukkan pengikutnya itu tidak boleh diharapkan.

 Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut saikologi dia susah hati kehilangan mudanya

 Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain walaupun setakat memandangnya, suami dayus namanya, isterinya khianat.

 Kalau seorang pemimpin itu diikut kerana pidatonya bukan kerana akhlaknya, jangan kita menaruh harapan sangat terhadap kesetiaan mereka itu.

 Kalau seorang pemimpin itu mabuk dengan pengikut atau peminat yang ramai, alamat dia tidak akan sanggup menegur dan mendisplinkan pengikut-pengikutnya.

 Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

 Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantik, diperbanyak dan diperluaskan, dijaga dan dikawal tapi amalan akhirat dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi dan dipercantik tidak dijaga dan dikawal tanda orang itu akan menyesal di Akhirat kelak.

 Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.

 Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

 Kalau seseorang itu membuat kerja yang dia tidak suka, tapi kena buat juga mungkin dipaksa atau kerana terpaksa untuk sara hidup, boleh jadi banyak perkara, kalau dilakukan bertahun-tahun lamanya, apabila tidak ada iman atau ada tapi lemah, jiwa dia akan derita, jiwa tidak tenang, kesannya menjadi orang emosional, pemarah, kecewa dan putus asa.

 Kalau seseorang jatuh hati kepada seseorang kerana kecantikannya, menunjukkan kasih sayang berdasarkan nafsu. Jika seseorang itu jatuh hati kepada seseorang atas dasar akhlaknya menunjukkan orang itu dirangsang oleh fitrahnya yang masih murni. Ini lebih bersih dari yang di atas.

 Kalau setiap orang berasa dirinya sentiasa diawasi dan diperhati oleh Allah, tentulah akan damai dunia ini dari kejahatan dan kemungkaran.

 Kalau tidak terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

 Kalaulah akal dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang benar dan mana yang salah, sudah tentu tidak perlu lagi Allah mengutuskan para Rasul, justeru filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.

 Kalaulah ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, zikir boleh datang riyak, ujub, kibir (sombong), sum’ah, megah, yang boleh membatalkan pahalanya, tentu lebih susah lagi menghindarkan mazmumah-mazmumah tadi kalau kita miliki kereta besar dan mewah, rumah besar, pangkat besar, duit banyak, kuasa besar, pengikut yang banyak.


Janganlah kita macam lalat membawa penyakit, macam nyamuk menggigit, macam anai-anai merosak, macam lintah menghisap darah. Tapi jadilah macam lebah, menghasilkan madu, mengubat penyakit.

Jarang sekali tamadun yang dibangunkan oleh orang-orang dahulu, yang dapat disaksikan hingga kehari ini, yang bersifat fizikal, dibangunkan oleh orang-orang Kerohanian, tapi, kebanyakannya dibangunkan oleh orang-orang yang berkuasa, dan tokoh dunia.

Jarang terhimpun pada seseorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik.

Jarang-jarang kita dapati pada akhir zaman, seorang pemimpin yang berhimpun padanya sifat-sifat adil, mesra, kasih sayang dan pemurah.

Jelingan tidak sama ertinya. Jelingan pemimpin mempasti. Jelingan anak takut dimarahi. Jelingan bapa mengawasi. Jelingan kawan meminta simpati. Jelingan musuh sakit hati. Jelingan perempuan jatuh hati.

Jemaah Islam ibarat wadah, hendaklah diisi dengan bermacam-macam perkara yang memberi faedah.

Jika kebenaran yang kita terima itu pahit, anggaplah ubat. Bukankah ubat yang pahit itu menyembuhkan penyakit.

Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.

Jika kita membuat dosa tidak terasa dengan dosa, satu kerana yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.

Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.

Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita. Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat. Timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya.

Jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia.

Kadang-kadang orang yang diberi kuasa oleh pihak yang berkuasa lebih menunjukkan kuasa daripada pihak yang berkuasa. Orang ini bukan sahaja tidak kenal pihak berkuasa, tapi sebenarnya Yang Maha Kuasa pun mereka tidak kenal.

Kalau ada satu golongan umat Islam atau satu kaum di kalangan umat Islam kecemerlangan akhlak mereka makin meningkat, makin lama makin terserlah, makin lama makin indah, tanda kaum itu jangka panjang akan menguasai dunia, tapi kalau umat Islam itu kemajuan dan pembangunannya bertambah pesat tapi akhlak makin menurun,gejala masyarakat makin bejat tanda bangsa itu hendak hancur atau rosak.

Kalau ada satu kelompok manusia yang hidup miskin,riuh rendah masyarakat memperkatakannya, besar liputan di dalam surat khabar, selepas itu akan disusuli oleh bantuan-bantuan. Tapi kalau ada satu masyarakat umat Islam yang tidak sembahyang tidak seorang pun yang membising-bisingkannya. Apatah lagi untuk hidup hendak dibuat berita di dalam media massa. Begitulah umat Islam di akhir zaman, memandang benda kemiskinan itu lebih merbahaya daripada meninggalkan sembahyang.

Kalau belajar ilmu Islam, tapi tidak datang cinta kepada Allah atau tidak bertambah takut kepada-Nya, itu menunjukkan ilmu yang dipelajari tadi tidak ada rohnya, kerana gurunya bukan mursyid.

Kalau dalam perbincangan, setiap orang menginginkan kebenaran itu, terkeluar dari mulut orang lain, maka majlis itu akan diberkati Allah, kerana majlis akan bersih daripada konflik jiwa, sifat sombong dan riyak.

Kalau dengan usaha kita, kita yakin mendapat kejayaan, ertinya kita telah mentuhankan usaha, atau mentuhankan diri kita secara tidak disedari kita telah melakukan perbuatan syirik.

Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkara dunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalanan hati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-Nya.

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.

Kalau di sekolah tempat sumber para pendidik dan pendidikan manusia sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin jangan mimpi di kilang, di padang, di hutan reakreasi, di ladang, di pejabat dan lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, kerana tempat-tempat ini bukan gelanggang pendidikan.

Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu, ilmu dunia itu tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.

 Ilmu semakin banyak kalau tidak ditunjang oleh iman dan tidak disaring oleh syariat, jiwa makin lama makin kosong. Kalau begitu kita tidak hairan di barat ahli ilmu ramai yang ditimpa sakit jiwa, bahkan ada yang membunuh diri.

 Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta dapat mendorong untuk beribadah kepada Allah SWT.

 Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang membuatkan seseorang merasa sombong dan hebat serta tidak mendorong untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

 Ilmu yang didapati melalui saluran akal terasa letih, adakalanya terasa jemu. Tapi ilmu yang didapati mengikut saluran hati tidak jemu dan tidak letih bahkan terasa indah dan tenang.

Ilmu yang diperolehi melalui otak adalah kasbi (usaha), dinamakan ilmu nadri. Ilmu yang dijatuhkan ke dalam hati adalah wahbi (anugerah), dinamakan ilham atau laduni.

Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia. Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya.

Ingatkanlah lebih dahulu nikmat Allah sebelum makan dan sebagainya agar kita terasa tidak punya apa-apa, barulah kita sedar Allah itu siapa.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya. Kesyumulan di dalam diri tidak sama dengan kesyumulan di dalam rumahtangga. Kesyumulan di dalam rumahtangga tidak sama dengan kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Islam mensyaratkan lelakilah yang akan menjadi pemimpin biar dalam apa keadaan sekalipun.

Jadikan Al Quran sebagai jalan, Sunnah Rasul sebagai kenderaan, agar kita sampai kepada Allah.

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir. Dari berfikir itu itu rasakan dalam hati kebesaran penciptaNya.

Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.

 Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin.

 Jangan anggap setiap yang bijak itu benar, sering berlaku, yang lojik itu salah, dan juga anggap setiap yang tidak lojik itu salah, banyak pula yang benar itu tidak lojik.

 Jangan kaki sahaja yang mengembara tapi hati tidak mengembara. Jangan kaki sahaja yang berpijak di bumi tapi fikiran tidak berpijak di bumi.

 Jangan selalu membuat janji, kerana ia merupakan hutang yang mesti dibayar.

 Janganlah bermesyuarat dengan orang-orang ini, kerana tidak akan dapat natijah yang baik: orang yang sedang sakit, orang yang lapar, orang yang mengantuk, orang yang susah hati, orang yang bodoh, orang yang sedang mabuk cinta.

 Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. Ia biasa berlaku di dalam sejarah kepada penguasa-penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luarbiasa, tapi yang luarbiasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.

 Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takut dengan Tuhan.

 Ibu dan bapa kerana mengetahui baik dan buruk yang akan berlaku kepada anak-anaknya, lantaran itulah ada kalanya dia menyuruh dan ada kalanya dia melarang. Yang si anak kerana tidak faham perkara yang tersirat daripada suruh dan larangan oleh ibu dan bapanya, dia rasa tidak senang seolah-olah hendak mengontrol kemerdekaan dirinya. Begitulah juga Allah Taala, ada kalanya menyuruh dan ada kalanya melarang hamba-hamba-Nya. Allah tahu hikmah yang tersirat di sebalik perintah dan larang, tapi hamba-hamba-Nya tidak faham, maka hamba-hamba-Nya rasa tidak senang dan menganggap hendak mengongkong kebebasan dirinya.

 Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.





Dihari ini kalau muda mudi melahirkan gejala masyarakat semua orang tidak senang tetapi orang dewasa membuat gejala masyarakat tidak pula dipandang serong kerana gejala masyarakat yang dibuat oleh orang dewasa tidak sama apa yang dibuat oleh remaja.


Dihari ini kalau perempuan itu pemalu dan bersopan dianggap ketinggalan zaman.


Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa


berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing.


Dunia Akhirat Tuhan yang punya, malulah kepadaNya dan beradaplah kepadaNya.


Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang manusia tidak digodanya, siapa yang punya dunia, tapi dunia tidak menodainya, dia adalah manusia luar biasa.


Dunia setiap hari berlakunya kiamat, kebanyakan umat Islam tidak sedar, walaupun mereka percaya tentang Kiamat, justeru ini terjadi secara sedikit-sedikit dia tidak berlaku secara total dan global, buktinya setiap hari tanah runtuh, rumah roboh, gunung jatuh, air bah, pokok tumbang, air laut melimpah ruah, kapal karam, kereta masuk gaung, orang mati, pelanggaran, gunung meledak.


Dunia setiap hari berlakunya Kiamat, kebanyakan umat Islam tidak sedar, walaupun mereka percaya tentang Kiamat. Justeru ini terjadi secara sedikit-sedikit, dia tidak berlaku secara total dan global. Buktinya setiap hari tanah runtuh, rumah roboh, gunung jatuh, air bah, pokok tumbang, air laut melimpah ruah, kapal karam, kereta masuk gaung, orang mati, pelanggaran, gunung meledak.


Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.


Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.


Gabungkanlah di antara pandangan mata, pandangan akal dan pandangan hati, kita akan berbeza dari manusia biasa kerana kita akan berwibawa.


Gejala-gejala masyarakat itu ialah bala dari Tuhan. Ada perkara yang tersembunyi mengapa Tuhan lakukan. Banyak manusia tidak tahu perkara yang batiniah ini. Di antara dasar pelajaran dan pendidikan yang tidak tulen berdasarkan syariat, banyak bersifat ‘aqli, mereka yang terlibat dengan pelajaran dan pendidikan nawaitu bukan kerana Allah, mungkin kerana gaji, nama, kedudukan.


Gejala-gejala negatif yang diimport dari Barat bukan sahaja budaya lepak, punk, disko, pergaulan bebas, homoseksual, lesbian, arak, judi tapi lebih dari itu, iaitu ego, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, materialisma, sekularisma.


Gerak-geri dan sikap lahir manusia ialah bayangan hati mereka atau buah yang dihasilkan oleh hati.


Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin.


Gunung yang tinggi tidak bleh menakung air, tapi lembah yang rendah bleh menakung air. Ia memberi erti orang yang meninggi diri tidak boleh mengambil hati orang. Sebaliknya orang merendah diri dapat memikat hati orang.


Guru banyak, ahli pidato berselerak, tapi mursyid amat sedikit sekali.


Halangan di dalam perjuangan menegakkan kebenaran mula-mula sekali ialah nafsu dan syaitan, kemudian takut, selepas itu diuji dengan kelaparan, dikuti dengan ujian kekurangan harta, kemudian diuji dengan sedikit pengikut. Kalau Allah memberi kejayaan di dunia diuji pula dengan nikmat yang melimpah ruah, Sayidina Umar menangis dengan yang akhir ini. Kerana banyak umat Islam yang kecundang.


Hari ini tidak malu sudah menjadi budaya. Siapa malu dianggap kolot. Mencari kekayaan tidak kira halal haram. Siapa menjaga syariat dianggap ketinggalan zaman. Hari ini makan gaji dianggap mulia. Siapa kerja sendiri dianggap hina. Setidak-tidaknya dianggap tidak ada status walaupun pendapatannya lebih lumayan daripada makan gaji. Seseorang itu kalau ada kelulusan tinggi tidak mahu makan gaji dianggap bodoh atau rugi padahal manusia yang kaya di dunia ini bukan orang makan gaji, tapi kerja sendiri.


Harta benda dan kekayaan di dunia ini walau sebanyak mana sekalipun yang kita gunakan sedikit sangat iaitu sekadar yang dimakan, sebanyak yang dipakai dan setakat yang digunakan, selain itu semuanya milik orang lain walaupun nama kita, tidak seperti kekayaan di Akhirat berdasarkan amal soleh kita di dunia, semuanya yang kita miliki, semuanyalah kita boleh gunakan.


Harta dicuri boleh diganti, ilmu dicuri tidak payah diganti, tapi kalau hati dicuri, menderita sampai mati.


Hati nurani atau roh, ia menjadi pandangan Tuhan. Apakah seseorang itu taat atau derhaka. Ia merupakan penentu, apakah seseorang itu ke syurga atau ke neraka. Ia dianggap raja di dalam diri manusia. Baik raja diri maka baiklah seluruh anggota. Kalau ia bersih daripada segala godaan mazmumah, mendapat kemenanganlah manusia!


Hendaklah kamu selalu ingatkan hati dan diri, apalah untungnya menurutkan hati dan nafsu yang merosakkan.


Hendaklah kita membuang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh.


Hiburan itu tidak mesti membahagiakan, tapi kebahagian itu sudah pasti menghiburkan.


Hidup di dunia bermacam-macam dan berbagai-bagai pertarungan terjadi, tidak putus-putus. Pertarungan politik, pertarungan ekonomi, pertarungan mazhab, pertarungan perkauman, pertarungan fikiran dan pendapat, pertarungan pengaruh, pertarungan kepimpinan, pertarungan antarabangsa. Macamlah ombak laut yang tidak pernah berhenti daripada gelombang dan gelora. Manusia pimpinan Tuhan sahaja yang selamat daripada gelombang dan gelora pertarungan dan pertembungan.


Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya.


Hormatilah orang tua, kasihanilah kanak-kanak, bersimpatilah kepada binatang, banyakkanlah memberi maaf kepada isteri, bertolak ansurlah pada perkara-perkara yang dibenarkan. Merendah dirilah dalam pergaulan, kerana ini semua diantara sifat-sifat orang mukmin.


Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia membeban dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena hukum itu membalas dendam berpanjangan.


Cerdik tidak mesti pandai, kalau dia tidak belajar. Pandai tidak mesti cerdik, kerana dia belajar. Kalaulah orang cerdik belajar bergabunglah cerdik dengan pandai. Orang ini adalah luar biasa pandainya.


Cerewet seorang isteri itu boleh mencepatkan kepala suaminya beruban.


Cintakan isteri dan cintakan ibu bapa tidak sama. Cintakan isteri daripada nafsu, tapi cintakan ibubapa daripada fitrah murni.


Dalam majlis muzakarah, kalau ada orang yang tidak ikhlas, akan terjadilah majlis mujadalah dan berbalah.


Dalam pengalaman, pemimpin yang juga guru tareqat lebih ditaati daripada pemimpin yang bukan guru bertareqat. Buktinya pemimpin tareqat diterima orang hingga ia mati, tapi pemimpin selain itu, masa hidupnya lagi sudah tidak diterima orang.


Daripada api kemarahanlah lahirnya api kebakaran di dunia dan akhirat. Oleh itu didiklah nafsu, kerana api kemarahan datang daripada nafsu.


Di akhir zaman ini, di zaman moden ini jarang sekali guru dikenang, pemimpin disenangi, ulama disayangi, orang kaya disanjung, fakir miskin diberi simpati, orang sakit diziarahi.


Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.


Di antara cara-cara menghubungkan dan membaiki hati dengan seseorang itu ialah, pujilah ia selalu dibelakangnya, berilah hadiah kepadanya, ziarahilah selalu ke rumahnya. Berilah salam apabila bertemu dengannya dan doakan ia.Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenagkan jiwa. Berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusia. Mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita selalu.


Di antara cara-cara orang yang tidak beriman menggunakan harta ialah, kalau saudagar dengan melancong dan berfoya-foya. Orang makan gaji menyimpan untuk tua. Kanak-kanak untuk permainan. Wanita muda untuk perhiasan dan pakaian.


Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan.


Di antara perkara yang pelik ialah si bakhil selalu keluh kesah sekalipun kaya, manakala si pemurah berlapang dada dan tidak pernah papa.


Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, apabila dia selalu diuji dengan bala, supaya hidup rasa bertuhannya, agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya.


Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,apabila dia selalu diuji dengan bala supaya hidup rasa bertuhannya. Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya.Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala.Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya.


Di antara syarat-syarat untuk menjadi orang yang bertaqwa; Yakin, ada ilmu dan beramal dengannya. Istiqamah beramal. Mujahadah dengan nafsu. Ada mursyid yang memimpin sekalipun ia seorang yang alim dan berdoa kepada Allah minta hidayah dan taufiq-Nya.


Di antara tanda orang yang bertaqwa itu ialah orang yang cinta padanya, cinta sangat, manakala orang yang benci padanya, benci sangat. Dan ujiannya pun banyak sangat.


Di antara tanda orang yang sombong itu,cepat melahirkan sifat marah. Suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, nampak di mukanya rasa tidak senang, jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, cakap meninggi suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah dan lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.


Di dalam keluarga kalau anak-anak tidak terdidik kesalahannya ada pada ibu bapa, isteri kalau tidak terdidik kesalahannya kepada suami, di dalam sekolah kalau pelajar-pelajar tidak terdidik kesalahannya kepada guru, di dalam masyarakat umum kalau rakyat tidak terdidik kesalahannya kepada pemimpin.


Di dalam muzium di dunia ini banyak barang yang disimpan di dalamnya ialah warisan dan peninggalan raja-raja, kaisar, penakluk-penakluk dan empayar-empayar, sedikit sangat peninggalan daripada para rasul dan nabi.


Di dalam perjuangan ada bermacam-macam orang, ada sahabat, ada pengikut, ada peminat, ada pemerhati, ada pengambil kesempatan, ada musuh,ada pendengki, ada yang tidak memperduli.Pemimpin yang dipimpin Allah,dia dapat menilai semua golongan ini.


Di dunia hari ini hakikatnya wanitalah ketua negara, para menteri, pegawai dan pemerintah. Mereka menggunakan kuasa dan jawatan suami untuk salurkan cita-cita mereka. Ibarat wayang kulit, isteri jadi dalang. Suami adalah patung-patung wayang kulit yang digerakkan oleh dalang.


Di dunia kita dapat rasakan kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam jel sekian-sekian tahun lamanya, di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa, pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya, kawan banyak tidak ada guna, keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa. Mengapa tidak terfikir oleh kita di Akhirat kelak segala-galanya tadi lebih-lebih lagi tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua.


Diam tidak mesti berfikir. Merenung tidak mesti mengkaji. Bercakap tidak mesti berilmu. Bertanya tidak mesti ingin tahu.


Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isternya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.


Diantara sifat-sifat pemimpin yang berjaya itu bila di tengah pengikut ia berwatak pemimpin, bila di tengah pengajian ia berwatak guru, bila berkawan berwatak sahabat, bila di tengah anak-anak berwatak ayah, dan bila bersama isteri berwatak suami.


Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri dalam masa beristeri.





Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa. Hasil fikirannya bak mutiara.


Orang yang berlajar dengan kehidupan mendapat pengalaman. Orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu.


Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.


Tiga perkara yang tiga orang tidak puas-puas memburunya, ahli ilmu dengan ilmunya, orang yang tamak dengan dunia, lelaki atau perempuan dengan seks.


Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakan kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.


Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia.


Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia. Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya.


Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya. Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya. Kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah. Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.


Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri.


Ilmu yang diperolehi melalui otak adalah kasbi (usaha), dinamakan ilmu nadri. Ilmu yang dijatuhkan ke dalam hati adalah wahbi (anugerah), dinamakan ilham atau laduni.


Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti. Alim hati kurang bercakap, banyak berbakti. Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.


Buah akal ialah ilmu pengetahuan. Buah jiwa atau hati ialah iman. Buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah di dalam kehidupan.


Biar sedikit bercakap, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan persepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan.


Kalau belajar ilmu Islam, tapi tidak datang cinta kepada Allah atau tidak bertambah takut kepada-Nya, itu menunjukkan ilmu yang dipelajari tadi tidak ada rohnya, kerana gurunya bukan mursyid.


Sumber ilmu itu ialah, mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.


Apabila kasih sayanga itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal, bleh jadi ia disudahi dengan permusuhan.


Di antara sifat orang mukmin itu, bersyukur dengan nikmat, memadai apa yang ada, sabar dengan penderitaan, redha dengan ketentuan, menderita dengan dosa.


Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput, jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada, gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan, agar hati tenang.


Kaya hati lebih baik daripada kaya harta, kerana kaya hati membawa ketenangan. Kaya harta membawa keresahan, Cuma ia memberi kemudahan hidup.


Bersedekah dengan senyum lebih baik daripada bersedekah dengan harta, kerana bersedekah dengan senyum manusia tidak merasa terhutang budi dan tidak terhina.


Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengan kesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalam kebenaran.


Lupakan saja amal bakti kita kepada Tuhan, dan budi kita kepada manusia, kerana semuanya itu kepunyaan Allah yang disalurkan kepada kita. Tugas kita, syukurlah kepada Allah banyak-banyak, kerana rahmat dan nikmat-nikmat itu disalurkan kepada kita.


Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberi-Nya. Bersedihlah dengan dosa. Bertenanglah dengan kesusahan, dan ingatlah Allah setiap masa.


Pandanglah sambil berfikir, ia akan menghasilkan pengajaran. Hubungkanlah hati dengan Allah, nescaya ia jadi teguh.


Gunung yang tinggi tidak bleh menakung air, tapi lembah yang rendah bleh menakung air. Ia memberi erti orang yang meninggi diri tidak boleh mengambil hati orang. Sebaliknya orang merendah diri dapat memikat hati orang.


Di antara tanda orang yang bertaqwa itu ialah orang yang cinta padanya, cinta sangat, manakala orang yang benci padanya, benci sangat. Dan ujiannya pun banyak sangat.


Merintihlah atas dosa, kerana itu lebih baik daripada beretasbih kepada Allah.


Hormatilah orang tua, kasihanilah kanak-kanak, bersimpatilah kepada binatang, banyakkanlah memberi maaf kepada isteri, bertolak ansurlah pada perkara-perkara yang dibenarkan. Merendah dirilah dalam pergaulan, kerana ini semua diantara sifat-sifat orang mukmin.


Di antara car-cara menghubungkan dan membaiki hati dengan seseorang itu ialah, pujilah ia selalu dibelakangnya, berilah hadiah kepadanya, ziarahilah selalu ke rumahnya. Berilah salam apabila bertemu dengannya dan doakan ia.


Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenagkan jiwa. Berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusia. Mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita selalu.


Di antara syarat-syarat untuk menjadi orang yang bertaqwa; Yakin, ada ilmu dan beramal dengannya. Istiqamah beramal. Mujahadah dengan nafsu. Ada mursyid yang memimpin sekalipun ia seorang yang alim dan berdoa kepada Allah minta hidayah dan tufiq-Nya.


Bersegeralah membuat kebaikan, tapi bukan dengan gopoh-gapah. Jauhilah kejahatan tapi bukan mebiarkannya dan bersabarlah dengan ujian tapi bukan pula pasif (beku).


Apabila hidayah dan taufiq diperolehi oleh seseorang, akan tepatlah semua tindakannya.


Apabila terasa diawasi oleh Tuhan. Merasa berdosa setiap waktu. Jiwa menderita dengan dosa. Rasa syukur dengan nikmat-Nya. Rasa kurang beramal. Rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda kita memiliki sifat kehambaan.


Adakalanya kesalah itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak disedari.


Tawaduk bukanlah bererti lemah. Tegas bukan bererti kasar. Beralah bukan bererti kalah. Kalah bukan bererti salah. Menang bukan bererti benar.


Buta mata hilang pedoman. Buta akal beku. Buta hati sesat.


Perbalahan yang berlaku di kalangan orang pandai biasanya boleh bertemu. Tapi perbalahan yang berlaku di kalangan orang bodoh payah bertemu.


Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia, maka akan rosaklah dunia dan manusia, ulama hilang kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.


Diam tidak mesti berfikir. Merenung tidak mesti mengkaji. Bercakap tidak mesti berilmu. Bertanya tidak mesti ingin tahu.


Jarang terhimpun pada seseorang itu cantik, cerdik, berani dan terdidik.


Takut biarlah bertempat. Berani biarlah berdisplin. Tawadhuk jangan sampai menghina diri. Menghukum jangan sampai berlebih-lebihan. Malu tidak dalam semua hal.


Mengawal mulut lebih mudah daripada mengawal mata. Mengawal mata lebih mudah dari mengawal hati.


Mata lahir nampak. Mata hati tidak nampak tapi pandangannya tembus.


Kemudaan akan hilang. Kecantikan akan pudar. Kekuatan akan lemah. Tua akan datang. Kematian pun datang tiba-tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan?


Alim tidak ditentukan oleh degree. Kebenaran tidak ditentukan oleh jawatan rasmi. Kaya tidak mesti dengan harta. Miskin tidak mesti tidak berpunya.


Bekerja atas dasar jawatan rasmi dibatasi oleh masa. Tetapi bekerja dengan Allah sepanjang masa.


Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu saja salah dalam bertindak.


Hidayah mudah didapati, taufiq susah dicari. Hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat ditathbiq dengan ilmu.


Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir. Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu aktif berjuang.


Pertelingkahan orang politik membawa peperangan. Pertelingkahan orang berilmu membawa kemegahan dan perlumbaan. Pertelingkahan orang bodoh membawa perseteruan.


Pengaruh agama lebih kuat daripada pengaruh bangsa dan keluarga. Pengaruh keluarga lebih kuat daripada pengaruh bangsa.


Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia merupakan perintah dan Sunnatullah dalam kehidupan. Tapi ingat, ia tidak akan mengatasi takdir Allah.


Berjanji adalah hutang. Menunggu pula adalah satu penyeksaan.


Bersatu, bertemu dan bersefahaman tidak sama. Bersatu ikatan hati. Bertemu ikatan jasad. Bersefahaman ikatan akal. Ketiga-tiganya dapat digabungkan.


Kasih terhadap ibu ayah kerana fitrah semula jadi. Kasih terhadapa isteri kerana nafsu. Kasih terhadap orang yang pernah menolong kita kerana budi atau kerana akal.


Buatlah kerja Tuhan pada siang hari. Mengadulah kepada Allah pada malam hari, moga-moga kerja kita diredhai.


Orang yang jiwanya mati, lebih susah untuk diurus daripada orang mati. Orang mati ditanam saja, orang yang jiwanya mati, hendak ditanam nyawanya ada. Hendak dimanafaatkan tidak memberi guna. Hendak dipasung akalnya ada. Akibatnya menyusahkan masyarakat.


Buta mata tidak nampak cahaya. Buta akal tidak nampak dunianya. Buta hati tidak nampak akhiratnya.


Berkawan dengan perempuan hilang maruah. Berkawan dengan kanak-kanak hilang kehebatan. Berkawan dengan orang bodoh tidak menambah pengalaman. Berkawan dengan orang jahat bersyubahat. Berkawan dengan orang pandai bertambah cerdik. Berkawan dengan orang baik bertambah cerdik.


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghinakan dirinya sendiri.


Orang yang mengangkat dirinya, hakikatnya dia menjatuhkan dirinya sendiri.


Orang yang pandai, tapi tidak sedar ia pandai, ia tidak akan bertanggungjawab kepada masyarakat. Orang yang tidak pandai, merasa pandai selalunya merosakkan masyarakat.


Zuhud tidak mesti tidak memiliki harta. Tamak tidak mesti berada. Kerana kedua-duanya adalah sifat hati.


Tidak mesti orang yang banyak melihat itu banyak pengalaman, sebab pengalaman itu diperolehi hasil melihat dengan perhatian.


Mabuk arak dilaknat. Mabuk betina dimurkai. Mabuk Allah disukai.


Biasanya kalau seseorang lelaki terkenal, isterinya ikut terkenal juga, tapi kalau isterinya yang terkenal, suaminya belum tentu lagi.


Biasanya senyum orang politik untuk mencari pengaruh. Senyum saudagar menarik pelanggan. Senyum orang mukmin kerana bersedekah. Senyum kanak-kanak untuk menrik perhatian. Senyum wanita untuk menggoda.


Di antara cara-cara orang yang tidak beriman menggunakan harta ialah, kalau saudagar dengan mlancung dan berfoya-foya. Orang makan gaji menyimpan untuk tua. Kanak-kanak untuk permainan. Wanita muda untuk perhiasan dan pakaian.


Petani berduit ikut musim. Orang makan gaji berduit pada awal bulan. Saudagar berduit setiap hari. Nelayan berduit tidak menentu. Orang yang tidak ada mata pencarian tidak berduit sepanjang waktu.


Orang kaya yang paling malang ialah yang suka menyimpan saja hartanya. Bakhil dengan diri sendiri dan dengan orang lain apatah lagi.


Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan. Boleh menghina dan boleh memuliakan. Boleh mempesona dan boleh meliarkan. Boleh menghasut dan boleh memujuk. Maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya.


Gerak-geri dan sikap lahir manusia ialah bayangan hati mereka atau buah yang dihasilkan oleh hati.


Banyak kemudahan hidup tidak semestinya pandai hidup, sebaliknya pandai hidup tidak semestinya banyak kemudahan hidup, kerana pandai hidup itu ada hubungan dengan mengamalkan Quran dan Sunnah dalam kehidupan.


Berilah bantuan kepada orang yang memerlukan, tapi jangan sampai orang itu terhutang budi dengan kita hingga hilang kemerdekaannya.


Apabila manusia telah rosak, hiduplah mereka dalam ketakutan. Si kaya takut dirompak. Orang yang berilmu takut dijauhi orang. Yang berpangkat dan berjaya takut didengki orang yang berkuasa takut dijatuhkan orang. Si miskin takut dihina orang.


Allah dan Rasul patut dicintai. Ibubapa dan guru patut dihormati. Kanak-kanak patut disayangi. Orang yang mendapat kesusahan patut diberi simpati.


Guru banyaka, ahli pidato berselerak, tapi mursyid amat sedikit sekali.


Ada orang tua badan (umurnya) tapi muda akalnya dan ada orang tua akalnya tapi muda badannya (umurnya).


Berkawan dengan orang politik, kita selalu bimbang, kerana ia mudah saja jadi lawan, sebab itulah berkawan dalam politik jarang sampai ke hujung.


Jangan selalu membuat janji, kerana ia merupakan hutang yang mesti dibayar.


Antara kelemahan sesetengah lelaki ialah takut dengan isteri, sekalipun ia ketua negara.


Selalunya seseorang dipenjarakan orang kerana kejahatan yang dilakukannya, tetapi ada orang yang memenjarakan dirinya sendiri, sebab dia tahu dia jahat, dan takut ditembak mati.


Sudah menjadi resam dunia, kebaikan seseorang walau bagaimana banyak sekalipun, akan dilupakan orang, hanya dengan satu kesalahan yang dilakukannya.


Membuat kesalahan kerana tidak tahu adalah satu kesalahan. Salah kerana tidak belajar. Membuat salah sesudah belajar, yakni buat salah setelah sedar adalah salah besar.


Kalau tidak terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.


Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yang berkekalan.


Cemburu tidak mengapa asalkan berpatutan. Berlumba-lumba tidak mengapa asalkan dalam kebaikan. Berbohong adakalanya dibolehkan yakni untuk mendamaikan permusuhan.





Mabuk cinta hingga menjadi gila, adalah dibenarkan tapi hanya kepada Tuhan.


Orang kampung banyak bersandar kepada tradisi manakala orang bandar banyak bersandar kepada pengetahuan dan pegalaman.


Bermusafir itu memberi banyak pengalaman. Tapi ia adalah satu daripada penderitaan.


Seseorang itu lebih mesra dengan orang negerinya apabila bertemu di negeri orang lain.


Allah diingati, ibu juga diingati, ayah pun diingati, tapi rasa ingatan itu tidak sama.


Cintakan isteri dan cintakan ibu bapa tidak sama. Cintakan isteri daripada nafsu, tapi cintakan ibubapa daripada fitrah murni.


Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberian Allah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.


Tidak ada manusia yang boleh hidup sendirian, tanpa bersandar kepada orang lain sekalipun ia raja, tapi manusia kurang sedar hal ini.


Bersiaplah segera untuk mati, kerana ia datang tidak berjanji, tibanya tidak berkaki dan tidak berbunyi, masanya tidak tahu malam atau siang hari. Apabila ia menjemput tidak ada tangguh-tangguh lagi, sekalipun kepada raja besar di dunia ini.


Berjalan sama tidak mesti kawan. Berjauhan jarak tidak mesti lawan. Sekampung tidak semesti sejalan.


Jelingan tidak sama ertinya. Jelingan pemimpin mempasti. Jelingan anak takut dimarahi. Jelingan bapa mengawasi. Jelingan kawan meminta simpati. Jelingan musuh sakit hati. Jelingan perempuan jatuh hati.


Seseorang yang suka menonjolkan diri untuk mencari publisiti akan keseorangan, kerana orang akan benci dan lari.


Cerdik dan pandai itu memang digemari dan patut dicari. Tapi adakalanya dia memaan diri, yakni bilamana dia sombong dengan kemampuannya. Orang akan benci dan lari, akibatnya tinggal seorang diri.


Sifat ego lebih banyak pada ulama, zalim ada pada orang berkuasa. Pura-pura sifat orang politik. Tamak menjadi-jadi pada orang kaya. Menunjuk-nunjuk kecantikan maninan pada wantia. Kecewa budaya orang papa.


Daripada api kemarahanlah lahirnya api kebakaran di dunia dan akhirat. Oleh itu didiklah nafsu, kerana api kemarahan datang daripada nafsu.





Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.


Biasanya kalau seseorang lelaki terkenal, isterinya ikut terkenal juga, tapi kalau isterinya yang terkenal, suaminya belum tentu lagi.


Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.


Biasanya senyum orang politik untuk mencari pengaruh. Senyum saudagar menarik pelanggan. Senyum orang mukmin kerana bersedekah. Senyum kanak-kanak untuk menrik perhatian. Senyum wanita untuk menggoda.


Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.


Biasanya wanita lebih pemurah daripada lelaki, tetapi lelaki lebih berani daripada wanita.


Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yang enak kepada tetamu,tapi diberi secara dilemparkan.


Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yang enak kepada tetamu, tapi diberi secara dilemparkan.


Bila fikiran manusia rosak, manusia tidak pandai lagi berterima kasih pada orang yang berjasa padanya. Tetapi apabila hati rosak, manusia tidak tahu lagi bersyukur pada Allah Yang Maha Berjasa.


Bila guru dan murid tidak kekal kasih sayangnya sampai ke hujung, menunjukkan ia telah dipisahkan oleh cinta dunia.


Bila hati (raja diri) telah ditawan hawa nafsu, maka nafsulah yang menjadi raja. Di waktu itu akal memikirkan bagaimana mencari jalan agar kehendak nafsu itu dapat diluluskan; yang akan dilaksanakan oleh anggota lahir sebagai rakyat


Bila hati rasa cukup apa yang ada, tidak susahkan yang tiada, itulah kaya namanya.


Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam kebanggaan.


Bila makanan dan minuman tidak bersih, pergaulan bebas, tempat belajar banyak maksiat atau hati jahat, jadilah sembahyang itu tidak boleh khusyuk.


Bila manusia tidak beriman hatinya akan keras, nafsunya sangat mendorong membuat jahat dan akalnya tidak memikir ke arah akhirat.


Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically, rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.


Bila sebuah pemerintahan, Menteri-menteri dan orang-orang besarnya, tidak dapat dielakkan daripada jatuh menjatuhkan. Inilah puncanya timbul krisis.


Bila seorang pemimpin hatinya berat untuk membuat arahan atau mendisplinkan terhadap seorang pengikutnya, hatinya sendiri berkata bahawa orang itu peminatnya, bukan pengikutnya.


Bila undang-undang Islam tidak dikaitkan dengan iman dan taqwa, dia akan jadi sebagai ideologi. Kalaupun peraturannya diamalkan ia tidak jadi ibadah, kerana peraturan itu dianggap secara kebetulan sahaja sesuai dengan Islam. Oleh itu tegakkanlah undang-undang Islam itu atas dasar Iman dan taqwa.


Bilamana dalam satu bangsa itu sudah terjadi kasta-kasta, setiap golongan hanya boleh bergaul dengan golongannya sahaja, tandanya bangsa itu sudah berpecah-belah.


Buah akal ialah ilmu pengetahuan. Buah jiwa atau hati ialah iman. Buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah di dalam kehidupan.


Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak mulia, buah akhlak ialah Ulfah(ramah mesra).


Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.


Buatlah kerja Tuhan pada siang hari. Mengadulah kepada Allah pada malam hari, moga-moga kerja kita diredhoi.


Bulan Ramadhan adalah bulan pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa. Ramadhan bukan pesta lahiriah atau pesta syariat, rohnya tidak ada.


Bunga selalunya cantik tapi mudah layu. Tunggul kayu tidak menarik tapi tahan lama. Begitulah kebaikan, selalunya tidak dapat berterusan, tapi kejahatan itu selalunya berlarutan.


Buta mata hilang pedoman. Buta akal beku. Buta hati sesat.


Buta mata tidak nampak cahaya. Buta akal tidak nampak dunianya. Buta hati tidak nampak akhiratnya.


Cemburu tidak mengapa asalkan berpatutan. Berlumba-lumba tidak mengapa asalkan dalam kebaikan. Berbohong adakalanya dibolehkan yakni untuk mendamaikan permusuhan.


Cerdik dan pandai itu memang digemari dan patut dicari. Tapi adakalanya dia memakan diri, yakni bilamana dia sombong dengan kemampuannya. Orang akan benci dan lari, akibatnya tinggal seorang diri.





erjalan sama tidak mesti kawan. Berjauhan jarak tidak mesti lawan. Sekampung tidak semesti sejalan.


Berjanji adalah hutang. Menunggu pula adalah satu penyeksaan.


Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi) sulit sekali kerana kita terpaksa menentang diri sendiri.


Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi) sulit sekali, kerana kita terpaksa menentang diri sendiri. Kita juga yang akan menanggung sakitnya. Kerana tidak sanggup maka banyaklah manusia yang gagal dalam perjuangan ini.


Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik.


Berkawan dalam politik selalu sahaja bertukar ganti, kerana persahabatan itu bergantung kepada faktor kepentingan diri.


Berkawan dengan orang politik, kita selalu bimbang, kerana ia mudah saja jadi lawan, sebab itulah berkawan dalam politik jarang sampai ke hujung.


Berkawan dengan perempuan hilang maruah. Berkawan dengan kanak-kanak hilang kehebatan. Berkawan dengan orang bodoh tidak menambah pengalaman. Berkawan dengan orang jahat bersyubahat. Berkawan dengan orang pandai bertambah cerdik. Berkawan dengan orang baik bertambah cerdik.


Berlumba-lumba membuat kebaikan disuruh, tidak senang dengan orang yang membuat baik ditegah, tidak peka dengan orang yang membuat kebaikan menunjukkan hati sudah mati.


Bermacam-macam alat dan bermacam-macam ubat dicipta oleh manusia untuk kesihatan badan. Tapi manusia manusia tidak pula ghairah mencipta alat-alat dan ubat-ubat untuk kesihatan hati.


Bermadu itu indah pada seseorang lelaki.Ia ibarat minum madu, sekali-sekala tersedak juga, supaya dia berhati-hati. Pada wanita, ia ibarat memakan ubat pahit. Kerana ia menjadi ubat, wanita boleh menerimanya.


Bermusafir itu memberi banyak pengalaman. Tapi ia adalah satu daripada penderitaan.


Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab. Redhalah dengan ketentuan Tuhan, selain pahala, hati tenang. Bertawakkallah kepada-Nya, selain pahala agar kita tidak jahat sangka dengan Allah. Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu. Berpuas hatilah dengan apa yang ada, agar hati tidak susah dengan perkara yang tiada.


Bersahabat biarlah setia. Perasaan sahabat kenalah dijaga. Kepentingannya utamakan dari diri kita. Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa


Bersatu tidak sama dengan berkumpul, bersatu ikatan jiwa, berkumpul ikatan fizikal, bersatu diikat oleh tali Allah, berkumpul diikat dengan kepentingan dunia.


Bersatu, bertemu dan bersefahaman tidak sama. Bersatu ikatan hati. Bertemu ikatan jasad. Bersefahaman ikatan akal. Ketiga-tiganya dapat digabungkan.


Bersedekah dengan senyum lebih baik daripada bersedekah dengan harta, kerana bersedekah dengan senyum manusia tidak merasa terhutang budi dan tidak terhina.


Bersedihlah dengan dosa di dunia ini, agar di Akhirat bergembira. Menangislah di dunia ini agar di Akhirat kita ria dan ceria. Bersusah-susahlah kita dengan hak Allah di dunia ini, agar di Akhirat kelak kita dipermudah.


Bersegeralah membuat kebaikan, tapi bukan dengan gopoh-gapah. Jauhilah kejahatan tapi bukan mebiarkannya dan bersabarlah dengan ujian tapi bukan pula pasif (beku).


Bersiaplah segera untuk mati, kerana ia datang tidak berjanji, tibanya tidak berkaki dan tidak berbunyi, masanya tidak tahu malam atau siang hari, apabila ia menjemput tidak ada anggul-tangguh lagi, sekalipun kepada raja besar di dunia ini.


Bersiaplah segera untuk mati, kerana ia datang tidak berjanji, tibanya tidak berkaki dan tidak berbunyi, masanya tidak tahu malam atau siang hari. Apabila ia menjemput tidak ada tangguh-tangguh lagi, sekalipun kepada raja besar di dunia ini.


Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah.Yang paling susah hidup secara orang miskin.


Bersyukurlah kalau engkau dapat menempuh jalan yang diredhai oleh Allah dalam setiap usahamu,sekalipun engkau gagal dalam usaha-usahamu itu.


Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberi-Nya. Bersedihlah dengan dosa. Bertenanglah dengan kesusahan, dan ingatlah Allah setiap masa.


Bertindaklah sama-sama membaiki masyarakat atas dasar sebagai seorang muslim, yang diwajibkan oleh Allah, bukan atas dasar tugas kerja semata- mata, atau kalau tidak dibuat nanti, apa orang kata atau kerana mencari pengaruh, agar Allah akan membantunya.


Bertukar fikiranlah dengan hukamak. Bertanyalah hukum dengan ulama. Carilah tenaga dengan orang banyak. Mintalah didoakan oleh orang warak. Berhiburlah dengan kanak-kanak. Berilah pertolongan kepada yang berkehendak.


Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan dari Allah. Janganlah menunggu ketentuan dari Allah tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah.


Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia merupakan perintah dan Sunnatullah dalam kehidupan. Tapi ingat, ia tidak akan mengatasi takdir Allah.


Biar kita berjiwa besar, bercakap merendah diri, daripada bercakap besar, jiwa kecil sekali.


Biar sedikit bercakap, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan persepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan.





Bagaimana hebatnya kita, dan walau sebesar manapun rumah kita bila kita mati rumah pertama yang kita masuki ialah keranda sebesar saiz badan kita, kemudian kita dipindahkan ke lubang kubur kiri-kanan tanah, atas tanah, sangat sempit dan terhimpit hendak ada sebarang lampu yang meneranginya.


Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati.


Bahasa lidah nisbah bahasa hati laksana suara mikrofon dengan orang yang bercakap. Yang faham ialah orang yang bercakap sedangkan mikrofon tidak faham.Begitulah yang faham itu hati bukan lidah.


Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenangkan jiwa, berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusa, mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita selalu.


Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.


Banyak kemudahan hidup tidak semestinya pandai hidup, sebaliknya pandai hidup tidak semestinya banyak kemudahan hidup, kerana pandai hidup itu ada hubungan dengan mengamalkan Quran dan Sunnah dalam kehidupan.


Banyak orang boleh bantu orang miskin.Tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin.Lebih-lebih lagi hidup macam orang miskin.


Banyak orang boleh memberi ilmu, tapi tidak mampu memberi didikan. Justeru itulah di segi pelajarannya cemerlang, tapi dari segi akhlak malang.


Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tapi dengan makhluk. Padahal lumrah berlaku kepada manusia tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta ditimpa penyakit bermacam-macam jenis pula. Ilmu banyak kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan yang diburu tidak juga kunjung-kunjung tiba. Setengah orang semua keistimewaan dunia dimilikinya Allah datangkan seribu masalah pada dirinya. Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula. Oleh itu carilah Allah dia adalah sumber segala kebahagiaan.


Banyak orang menganggap masa depan itu hanya setakat hidup dunia. Sedikit sekali yang mengatakan masa depan itu ialah kehidupan di akhirat. Maka ramailah manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang memikirkan akhirat.


Banyak orang menyebut nafsu tapi tidak banyak orang tahu bagaimana hendak membaikkan nafsu. Bila nafsu tidak dapat dibaikkan kita telah membuat highway di dalam tubuh kita untuk perjalanan syaitan. Bila perjalanan syaitan ada di dalam tubuh kita ertinya setiap detik kita digoda oleh syaitan tapi kita tidak sedar. Akhirnya kita jadi bola oleh syaitan, dia boleh tendang kita ke mana-mana. Di masa yang sama ada kalanya kita maki syaitan, syaitan ketawa.


Banyak orang tahu penyakit, tidak tahu mengubat. Banyak orang tahu masalah, tidak tahu menyelesaikannya.


Banyak orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai menakluki bangsa yang besar menawan negara yang luas tapi banyak orang yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri.


Batu yang keras itu air yang lembut dapat melembutkan, tapi hati yang keras itu tiada sebarang benda dapat melembutkan,sebab itu gunung lebih senang diubah dari merubah hati.


Bawalah badan ke mana-mana, tapi hati biarlah dengan Tuhan.


Bekerja atas dasar jawatan rasmi dibatasi oleh masa. Tetapi bekerja dengan Allah sepanjang masa.


Belum pernah berlaku didunia ini,berlakunya keamanan disebabkan akta dan undang-undang. Tapi pernah berlaku didunia ini, keselamatan, keamanan dan kebahagiaan kerana manusia takutkan Tuhan.


Benih kebaikan sudah Allah tanamkan di dalam hati atau roh manusia (fitrah semulajadi), baja penyuburnya adalah didikan yang bercorak syariat, air penyegarnya ialah kebaikan yang berlaku di dalam kehidupan manusia yang dapat dilihat dan didengar.


Benih kejahatan juga sudah sedia ada di dalam hati atau roh manusia iaitu (fitrah semulajadi), baja penyuburnya adalah didikan yang bercorak syariat, penyegarnya adalah kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan manusia yang dapat dilihat dan didengar.


Berani waktu berkuasa, bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi. Keberanian yang hakiki dan semula jadi itu ialah berani menegakkan kebenaran bila-bila masa dan di mana saja, sekalipun tanpa kuasa.


Berbagai-bagai cara Tuhan mengajak manusia kepada-Nya, menyeru, merayu, berjanji, memujuk, mengugut, menawarkan, menyedarkan, menginsafkan. Namun manusia telinganya tuli, tidak mendengar. Hatinya buta tidak mengerti. Akalnya tertutup tidak memikirkan. Matanya celik tidak perhatian.


Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.Hasil fikirannya bak mutiara.


Berfikir, berzikirlah dan bertindaklah.


Berfikirlah ia akan membuahkan ilmu. Amalkanlah ilmu itu ia akan membuahkan hikmah. Itulah yang dikatakan ilmu di dalam ilmu.


Berhibur dan menghibur itu tidak salah. Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dam dalam memberi hiburan.


Berhiburlah ia bukan salah, tapi berhiburlah dengan jiwa. Berhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara: hiburan dan pahala.


Berilah bantuan kepada orang yang memerlukan, tapi jangan sampai orang itu terhutang budi dengan kita hingga hilang kemerdekaannya.





Antara ciri-ciri sebuah jemaah yang baik ialah; ada pemimpin yang mampu memimpin yang ibadahnya boleh ditiru, akhlaknya boleh diikut, ilmunya boleh dimanfaatkan dan berani. Jemaah itu ada program yang berterusan, pengikut-pengikutnya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada pemimpin. Ahli-ahlinya berkorban dan ada khidmat masyarakat.


Antara kejayaan seseorang guru atau pemimpin atau ayah ialah dapat mendidik orang-orang di bawahnya hingga dapat rasa hormat dan takut kepadanya, bukan hormat sahaja dan bukan takut sahaja.


Antara kelemahan jemaah Islam pada akhir zaman ialah kurang mengambil berat tentang sembahyang dan ahlak.


Antara kelemahan pemimpin Islam pada waktu ini, tidak ada sifat warak dan pemurah.


Antara kelemahan seseorang pemimpin itu ialah, pengikutnya takut kepadanya kerana hukumannya, bukan kerana hormat kepadanya.


Antara kelemahan sesetengah lelaki ialah takut dengan isteri, sekalipun ia ketua negara.


Antara kelemahan yang berlaku di kalangan umat Islam akhir zaman ialah lemah iman, kurang perhubungan, tidak ada kasih sayang, tidak sefahaman dan tidak bertolong-tolongan.


Antara orang yang hasad dan orang yang kena hasad, yang susah ialah orang yang hasad; lebih-lebih lagi apabila yang dihasad mendapat kejayaan.


Antara perkara-perkara yang melalaikan, tetapi tidak disedari ialah, majlis kertas kerja yang tidak menghasilkan kerja, yakni cakap banyak tapi tidak dikota.


Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya, sebab itu tidak diterimanya.


Antara sikap ulama yang makan gaji pada akhir zaman ialah kurang bergaul dengan masyarakat umum, kalaupun ada di majlis rasmi cepat memberi fatwa apabila orang bawahan membuat kesalahan, tapi memejamkan mata apabila ia melibatkan orang atasan.


Antara tanda-tanda hati telah rosak ialah, selalu menderita dengan dunia, seperti bersedih kerana miskin, susah hati apabila oran kata, menderita tidak dapat pangkat, dukacita suami tidak melayan kehendak-kehendak hati. Tetapi dengan dosa dan dengan akhirat tidak menderita.


Antara watak wanita itu ialah menangis, simpati, merajuk, mudah lupa kebaikan orang, menunjuk-nunjuk, sabar, pemurah, mudah hilang pertimbangan, pemalu, penakut dan suka kepada pakaian lebih daripada suka kepada makan dan minum.


Antara watak-watak salafussoleh ialah, ulamanya menunjuk ajar, orang kayanya pemurah,orang miskinnya sabar, pemuda-pemudinya menjaga maruah, banyak beribadah, suka dengan ilmu pengetahuan, berkasih sayang antara satu dengan yang lain, bertolong bantu dalam kebajikan, suka mengembangkan Islam, menghormati tetamu dan mencintai akhirat.


Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.


Apabila cinta nafsu memuncak, tidak ada kata bahasa lagi yang hendak diucapkan. Apabila cinta hati memuncak, lidahnya akan bercakap meracau-racau. Kedua-dua cinta ini boleh menghilangkan pertimbangan akal.


Apabila hidayah dan taufiq diperolehi oleh seseorang, akan tepatlah semua tindakannya.


Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu saja salah dalam bertindak. Hidayah mudah didapati, taufiq susah dicari. Hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat di tathbiq dengan ilmu.


Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia, maka akan rosaklah dunia dan manusia, ulamak hilang kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.


Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia.


Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan.


Apabila jawatan kadhi menjadi rebutan, jawatan mufti menjadi idaman, jawatan imam jadi sumber cari makan, maknanya hati ahli agama sudah tidak takut dengan Allah lagi.


Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal, boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan.


Apabila manusia telah rosak, hiduplah mereka dalam ketakutan. Si kaya takut dirompak. Orang yang berilmu takut dijauhi orang. Yang berpangkat dan berjaya takut didengki orang yang berkuasa takut dijatuhkan orang. Si miskin takut dihina orang.


Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


Apabila sesebuah jemaah Islamiah kurang mengambil berat tentang sembahyang, sama ada lahirnya mahupun batinnya, waktunya mahupun displin sembahyang jemaahnya, maka jika ia memerintah negara, jangan harap ia akan dapat menegakkan keadilan.


Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberian Allah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.


Apabila sesuatu bangsa itu Allah anugerahkan kemajuan dan pembangunan yang pesat secara istidraj bukan atas rahmat-Nya. Pasti akan berlaku kerosakan di sudut-sudut lain terutama di sudut akhlak, hingga kemajuan dan tamadun fizikal itu sudah tidak ada nilai.


Apabila terasa diawasi Tuhan, rasa berdosa setiap masa, jiwa derita dengan dosa,rasa syukur dengan nikmatNya, rasa kurang beramal,rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda sudah memiliki sifat kehambaan.


Apakah yang menyebabkan engkau tidak kisahkan agamamu sedangkan engkau sendiri sering melihat daun yang hijau itu pun boleh tertanggal dari tangkainya?


Asam garam, pahit maung di dalam hidup itu, itulah dia pengetahuan tanpa berguru tanpa universiti tanpa degree.


Apabila Allah membantu usaha-usaha hamba-Nya yang mukmin dengan keredhaan-Nya, sama ada di sudut ekonomi, pembangunan, ketenteraan dan lain-lain kerana ketaqwaan hamba-hamba-Nya, terutama pemimpin, di samping mendapat kejayaan dan pahala, ia berlaku sekali dengan sifat-sifat terpuji seperti merendah diri di dalam kejayaan, timbul perpaduan, keharmonian, pemurah, bertimbang rasa, bertolak ansur, jujur, taat, setia, sabar, redha, adil, terlalu sedikit maksiat, masyarakat bersih daripada gejala-gejala tidak sihat. Tapi apabila usaha-usaha kita berjaya dengan kemurkaan (dengan istidraj) justeru di dalam kita membangun masa yang sama kita derhaka kepada-Nya akan berlaku side effect dari kemajuan itu iaitu lahir orang-orang yang jahat, timbul kerosakan akhlak, terjadi perpecahan, perbalahan, perpaduan punah, disiplin hidup tiada, berfoya-foya, pergaulan bebas, menjadi-jadi zina, dadah, masyarakat huru-hara, hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan. Kemajuan yang pesat hanya boleh dimegah-megah dan dibangga-bangga sahaja, namun hidup terseksa. Di sinilah perlunya keredhaan dan berkat dari Allah di dalam semua usaha kita.





Ada orang membuat kerja masyarakat tapi tidak mahu bermasyarakat, demi menjaga status diri. Inilah dia yang dikatakan memencilkan diri daripada masyarakat sendirian dalam rasmi.


Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikit tapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingati Allah.


Ada orang tua badan (umurnya) tapi muda akalnya dan ada orang tua akalnya tapi muda badannya (umurnya).


Ada orang yang susah hati kalau masyarakatnya menjadi baik kerana peluang-peluang dunianya terlepas. Orang-orang macam inilah adakalanya berlakun di hadapan orang ramai, bersuara tentang gejala masyarakat, yang sebenarnya mereka berbuat demikian kerana hendak menyorokkan keburukannya.


Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak disedari.


Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya.


Adakalanya tanpa usaha dapat sesuatu yang tidak terduga, agar kita sedar Allah itu berkuasa dan kuasa-Nya tidak bersandar dengan usaha. Tapi perlu diingat usaha kena dibuat sebagai syariat dan untuk pahala. Tidak berbuat di mana datangnya pahala?


Agama itu petunjuk Tuhan untuk menyuluhi kehidupan manusia di bumi yang didasari oleh iman (percaya) dan taqwa sepertimana yang di bawa oleh nabi dan rasul.


Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah.


Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri.


Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir. Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu aktif berjuang.


Akhlak baik itu semua orang suka sekalipun orang yang tidak berakhlak.


Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang.


Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untuk mandi, untuk minum, untuk tanaman, untuk ambil ikan, untuk main sampan, ambil pasir dan berbagai-bagai.


Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.


Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti. Alim hati kurang bercakap, banyak berbakti. Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.


Alim tidak ditentukan oleh degree. Kebenaran tidak ditentukan oleh jawatan rasmi. Kaya tidak mesti dengan harta. Miskin tidak mesti tidak berpunya.


Allah dan Rasul patut dicintai. Ibubapa dan guru patut dihormati. Kanak-kanak patut disayangi. Orang yang mendapat kesusahan patut diberi simpati.


Allah diingati, ibu juga diingati, ayah pun diingati, tapi rasa ingatan itu tidak sama.


Allah dikenal dengan hati bukan dengan akal. Dan orang yang hatinya kenal Allah, pasti kuatlah agamanya.


Allah menyuruh kita berusaha maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kerja kita, kalau kita campur tangan kerja Tuhan kita akan kecewa yang parahnya akan putus asa.


Aneh sungguh manusia ini, dia nampak celanya orang yang tinggal berbatu-batu darinya sedangkan cela diri yang ada pada dirinya sendiri tidak disedari.


Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.


Anggota lahir kalau dia cacat kita terasa atau dia sakit kita terasa juga, cepat-cepat kita mengubatnya. Anggota batin cacat atau sakit kita tidak terasa.Kerana itulah kita tidak terfikir untuk mengubatnya. Rosak anggota lahir, habis di dunia sahaja, boleh mendatangkan pahala ada untung juga. Rosak hati atau jasad batin, ia jadi derhaka, berdosa akhirnya ke Neraka.





Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca daripada kekotoran batin.


Harta benda dan kekayaan di dunia ini walau sebanyak mana sekalipun yang kita gunakan sedikit sangat iaitu sekadar yang dimakan, sebanyak yang dipakai dan setakat yang digunakan, selain itu semuanya milik orang lain walaupun nama kita, tidak seperti kekayaan di Akhirat berdasarkan amal soleh kita di dunia, semuanya yang kita miliki, semuanyalah kita boleh gunakan.


Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya,membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya, kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah.Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.


Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia membeban dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena hukum itu membalas dendam berpanjangan.


Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.


Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.


Letakkan dunia itu di tangan,Akhirat di hati,supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati


Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab. Redhalah dengan ketentuan Tuhan, selain pahala, hati tenang. Bertawakkallah kepada-Nya, selain pahala agar kita tidak jahat sangka dengan Allah. Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu. Berpuas hatilah dengan apa yang ada, agar hati tidak susah dengan perkara yang tiada.


Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.


Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.


Paling hebat ahli sains dapat mengesan perkara yang halus yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia, tapi ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu iaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia iaitu alam Akhirat


Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan dari Allah. Janganlah menunggu ketentuan dari Allah tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah.


Percaya kepada qada dan qadar amat mudah, menghuraikan tentang qada dan qadar oleh cerdik pandai pun mudah juga, tapi hendak tunduk dan senang hati dengan qada dan qadar bila terjadi amat susah, orang yang bertaqwa sahaja yang boleh berbuat demikian.


Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan


Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati.


Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.


Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati.


Bermacam-macam alat dan bermacam-macam ubat dicipta oleh manusia untuk kesihatan badan. Tapi manusia manusia tidak pula ghairah mencipta alat-alat dan ubat-ubat untuk kesihatan hati.


Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenangkan jiwa, berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusa, mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita selalu.g boleh berbuat demikian.

Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan


Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati.


Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.


Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati.


Bermacam-macam alat dan bermacam-macam ubat dicipta oleh manusia untuk kesihatan badan. Tapi manusia manusia tidak pula ghairah mencipta alat-alat dan ubat-ubat untuk kesihatan hati.


Baik sangka dan tawakal kepada Allah menenangkan jiwa, berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusa, mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita selalu.

Itulah Kata-kata Hikmah Mutiara Motivasi Kehidupan:
Tag: Wallpaper, Kata-kata Motivasi Mutiara Islam, Berfikir tentang alam ciptaan Allah, kata inspirasi, kata-kata bijak tentang kehidupan, artikel inspirasi kehidupan, kata-kata inspirasi kehidupan, motivasi hari ini, kata motivasi terbaru, kumpulan motivasi sukses, motivasi pekerjaan, kalimat mutiara cinta, kata kata mitiara, artikel motivasi singkat, motivasi untuk sukses, kumpulan motivasi kerja, motivasi semangat kerja, kultum motivasi kerja, motivasi untuk kerja, kata motifasi hidup, mutiara,
Kata kata Mutiara Minda Motivasi Hidup Islam Kata kata Mutiara Minda Motivasi Hidup Islam Reviewed by Admin on 9:10:00 PM Rating: 5

Ad Home

Powered by Blogger.