10 Ciri Pasangan yang Serius ke Jenjang Pelaminan/Pernikahan

Betulkah persahabatan yang lanjut ke jenjang pernikahan akan bahagia?
 

10 Ciri Pasangan yang Serius ke Jenjang Pelaminan/Pernikahan

Kesempurnaan mungkin tidak boleh didapati dalam diri seseorang. HAZRIL MDNOR percaya setiap anak muda inginkan pasangan yang memahami diri dan sentiasa membuatkan anda rasa bahagia.

1. Mampu mempertahan hubungan
Ramai orang kata, kita tidak boleh terlalu cerewet dan ‘memilih’ mencari pasangan. Tapi bagi mereka yang benar-benar inginkan kebahagiaan dalam percintaan, pastinya topik ini menjadi sebutan kerana apabila kita salah memilih pasangan, mulalah timbul isu tidak serasi. Perhatikan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan untuk anda memilih pasangan.

2. Menjaga Kehormatan

Pasangan yang serius ke jenjang pernikahan, dia tidak mau mengganggu pasangan. Justru akan menjaga kehormatan pasangannya. Walaupun tidak jadi miliknya ia akan menjadi milik oran lain. Justru itu kehormatanya harus dijaga. 

3. Berperwatakan kelakar
Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita menggemari lelaki yang boleh membuatkan dirinya rasa terhibur dan lupakan masalah buat seketika. Tapi ingat, lawak yang berlebihan mungkin menyebabkan pasangan anda mula menyampah.
4. Komitmen berpasangan
Dalam apa jua hubungan percintaan, ­komitmen menjadi kayu ukur tahap ­keberanian dan keikhlasan cinta seorang kepada pasangan sama ada lelaki ataupun wanita. Apabila sudah menjengah usia senja, faktor ini menjadi keutamaan kerana setiap pasangan ingin melangkah ke mahligai percintaan bukannya mempertaruhkan ‘cinta monyet’.

5. Penampilan menarik
Tidak salah jika penulis katakan bahawa penampilan memainkan peranan penting dalam perhubungan. Bukan saja wanita malah lelaki juga inginkan pasangannya berpenampilan menarik dan cantik di matanya. Bagi dirinya, pasangan adalah segala-galanya dan mereka juga perlu berhias diri untuk kelihatan cantik dan serasi apabila keluar bersama.

6. Tak kejar kesempurnaan
Bukan semua orang sempurna namun masih ada yang ‘kejar’ kesempurnaan. Itu antara senario yang berlaku pada anak muda masa kini. Bagi wanita, mereka mahukan lelaki yang boleh menerima kekurangan dan tidak memandang kecantikan semata-mata. Kalau benar seorang lelaki menyayangi pasangannya, kecantikan bukanlah kriteria utama dalam perhubungan.

7. Pendengar baik
Jika ingin bercinta, bukan saja kasih sayang yang diperlukan tapi juga persefahaman. Bagi si wanita, mereka memerlukan lelaki yang boleh memahami dirinya dan mendengar masalah bila saja diperlukan. Jika anda seorang pendengar yang baik, berkemungkinan hubungan akan jadi lebih kukuh kerana anda mampu untuk menyelesaikan masalah pasangan.

8. Pernah Mengungkapkan Menyebut Serius tentang Perkawinan. Orang yang serius tidak akan takut menyebut ke arah perkawinan. Bukan malah mempermainkan, atau hanya sekedar pelampiasan. 

9. Diterima keluarga
Restu ibu bapa itu penting dalam hubungan yang ingin dilanjutkan ke alam perkahwinan. Tanpa restu ibu bapa, hubungan itu mungkin tidak diberkati. Justeru, carilah pasangan yang sememangnya boleh menyayangi anda dan juga keluarga. Jika dia boleh menerima anda, pastinya dia mampu menerima keluarga anda juga. 

10. Jujur dan ikhlas
Dua sifat ini menjadi benteng kukuh yang mempertahankan hubungan ­seseorang. Oleh itu, secantik atau sekacak manapun pasangan, jika dia tidak jujur dan ikhlas maka sukar untuk lanjutkan hubungan. Walaupun hubungan anda berdua dikategorikan jarak jauh, jika si dia jujur dan ikhlas, nescaya hubungan anda mampu dipertahankan hingga ke jenjang pelamin.

Dari Berbagai Sumber
10 Ciri Pasangan yang Serius ke Jenjang Pelaminan/Pernikahan 10 Ciri Pasangan yang Serius ke Jenjang Pelaminan/Pernikahan Reviewed by Admin on 11:59:00 PM Rating: 5

Ad Home

Powered by Blogger.