Arti Di Sebalik Pengunduran Israil dari Gaza
Oleh Tengku Iskandar Tengku Adnan
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Semenanjung Gaza, yang merupakan
sebahagian daripada tanah air warga Palestin, kini bebas sepenuhnya
daripada pendudukan Israel setelah rejim Yahudi itu melakukan pelbagai
angkara yang membawa penderitaan dan penghinaan selama 38 tahun terhadap
penduduk asal wilayah itu.
Kemeriahan dan kegembiraan luar biasa yang ditunjukkan oleh penduduk
Palestin ketika menyambut pembebasan wilayah mereka daripada cengkaman
Israel, mendorong pemimpin mereka, Mahmoud Abbas, mengisytiharkan bahawa
peristiwa itu merupakan saat paling manis bagi rakyat Palestin sejak
lebih satu abad lepas.
Kebanyakan warga Palestin mengalirkan air mata gembira dan mencium tanah sebaik saja kembali ke tempat tumpah darah mereka.
Tetapi, setelah semua sambutan itu selesai, rakyat Palestin dan masyarakat dunia perlu menerima hakikat bahawa sebenarnya masih terlalu awal untuk mengadakan sambutan besar-besaran sempena pengunduran Israel dari wilayah itu.
Kini, soalan yang perlu dijawab oleh setiap orang ialah apakah erti di sebalik pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza?
ULASAN
Walaupun Yahudi tidak menguasai mana-mana negara di dalam dunia ini kecuali negara Israel tetapi
hakekatnya hari ini, umat Islam dijajah oleh ideologi atau fikiran dari Yahudi.
Jadi setelah penjajahan bentuk lama ditukar pada bentuk baru, iaitu
menjajah secara baru, bukan fizikal yang dijajah tapi dijajah rohani dan
maknawi. Hingga hari ini umat Islam tak sedar lagi, bangga seolah-olah
mereka sudah merdeka, padahal penjajahan baru ini lebih dahsyat namun
umat Islam tak sedar penjajahan cara baru ini. Penjajahan fizikal mereka
sedar, orang tak suka, orang benci. Tapi penjajahan secara baru secara
maknawi dan rohani kalau ibarat orang tidur, musuh sudah boleh masuk
kelambu dan dia anggap musuh itu sebagai kawan. Penjajahan bentuk baru, umat Islam tak sedar, ulama tak sedar. Oleh kerana penjajahan bentuk baru lebih jahat dari bentuk lama, bila ada yang sedar, seolah kita berhadapan dengan banjir besar, berdepan di depan lautan jahiliyah, bukan senang untuk menyusun semula.
Sebab itu kita yang ada cita-cita Islam, yang mana tenaga kita terlalu
kecil dibanding tenaga musuh dan sambil berhadapan dengan umat Islam
yang tak faham, kalau tak bersandar dengan Tuhan, tak gigih berjuang,
tak berjiwa besar, kita akan mati beragan,
hilang semangat, hilang mood, sebab itu dengan Tuhan kena kuat, kena rasa besar, agar kita berjiwa besar.
Kalau dengan Tuhan rasa besar, musuh akan kita rasa kecil sahaja.
Jadi untuk membangunkan kembali bukan senang sebab kita berhadapan
dengan umat Islam yang sudah rosak. Jadi rupanya bagi umat Islam
penjajahan bentuk baru lebih bahaya dari penjajahan bentuk lama.
Penjajahan Jahudi Terhadap Bangsa dan Negara Islam
Reviewed by Admin
on
7:44:00 AM
Rating: