6 Perkara Jangan bagi Seorang Pemimpin

6 Perkara Jangan bagi Seorang Pemimpin


Setiap kita adalah pemimpin, Baik di lever individu/pribadi, sampai level negara /dunia

Adalah 6 perkara jangan bagi seorang pemimpin yang perlu hindari, apakah itu!!
Banyak perkara Jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin. Perkara-perkara Jangan itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT andainya dilakukan oleh masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan kata lain, adalah amat cacat sekiranya perkara-perkara ini dibuat oleh para pemimpin.
Di kalangan masyarakat yang bertaqwa, pemimpin tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka terpaksa mencapai kedudukan: “kebajikan bagi orang-orang abrar (orang soleh) itu merupakan dosa bagi orang mugharrabin (orang yang dekat dengan Tuhan)."
Antara perkara-perkara bagi pemimpin mesti dijaga agar kedudukannya terus kekal berbeda dengan rakyat biasa adalah:

1. Jangan dengan mudah merasa selamat 

Di hadapan rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan karena pemimpin itu adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan sahaja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan dipersoalkan oleh Allah SWT. 

2. Jangan tercabar dengan sebarang kritikan

 Anggaplah sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahwa dalam baju kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan melenting.

3. Jangan mudah merajuk

Sedari dan fahamilah bahawa masalah manusia tidak akan selesai dunia akhirat. Bertambah tidak selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri karena merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari masalah.

4. Jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan

Jangan sekali-kali bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, Jangan timbul rasa tidak senang terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang tidak sependapat, ertinya menyamatarafkan mereka sebagai musuh.

5. Jangan suka dipuji berlebihan. 

Sikap begini akan menjadikan seseorang pemimpin itu dikelilingi oleh Pembual. Pembual bukan bererti penyokong dan Pembual juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para Pembual ini seringkali kurang tepat. Sekiranya seorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak atas laporan tidak tepat dari puak Pembual maka akan timbul pelbagai fitnah di dalam masyarakat.

6. Jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu keadaan yang menyenangkan saja

Yakni kalau tidak selesa mudah menarik muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko, betapalah rakyat biasa.
Siapa pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang tersebut di atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang begini pasti tidak mendapat pertolongan Tuhan dalam urusan kepimpinannya. Ini karena dia tidak menghayati tugas dan peranan pemimpin. Wallahua'lam..
6 Perkara Jangan bagi Seorang Pemimpin 6 Perkara Jangan bagi Seorang Pemimpin Reviewed by Saida Waliya on 6:17:00 AM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.