JAWABANKU, JIKA KAU BERTANYA

JAWABANKU, JIKA KAU BERTANYA


Kau sedih?
Kau layan feeling kau?
Apakah itu yg dia suka?
Yang aku tahu, tugas kita gembirakan mereka.
Sambung perjuangan mereka.
Bukan layan perasaan kita.

Kalau Bonda layan perasaannya semata-mata,
Ketika 13 Mei 2010 selepas pemergian Abuya,
Apakah terbuka Jerash yang hebat?
Boleh ke kita bertapak di Haramain hingga kini?
Wujudkah KIMM yang sangat berwibawa?
Juga zon-zon yang semakin meriah semuanya?

Bonda dah siapkan semuanya,
Takutkan Allah setakut-takutnya sebagai teras!
Rindukan Nabi serindu-rindunya menjadi pemangkin!
Buru keberkatan melalui pemimpin!
Jangan lupakan barang-barang berkat!
Hirup udara berkat!
Pecut! Pecut!

Malah remaja telah tersusun cantik dengan kepimpinan mereka,
Membahu perjuangan di merata dunia,
Menjadi sumber tenaga dengan ketaatan luarbiasa.
Sejuk hati melihatkan sikap mereka.

Syarikat ini ada masa depannya,
Bukan terhenti dengan kematian sesiapa,
Apalagi hancur di tangan musuh-musuhnya.
Tidak akan berlaku sama sekali…
Kerana Bonda dah selalu sebut…
Hingga terpaku di hati di jiwa…

“Islam akan terus menang dan tak akan kalah-kalah lagi!
Takutilah Allah!
Allah boleh berbuat apa sahaja!”

Sedihlah dengan dosa-dosamu,
Bukan kerana pemergian bonda.

AM di Zee Homestay, AS.
12.01am, Okt 24, 2015

تم الإرسال من الهاتف الذكي BlackBerry 10.

By: Anjang Muar
JAWABANKU, JIKA KAU BERTANYA JAWABANKU, JIKA KAU BERTANYA Reviewed by Saida Waliya on 5:05:00 PM Rating: 5

No comments:

Ad Home

Powered by Blogger.